Puisi : Sampah Berupa Mutiara

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini cerita aku
Bukan perihal kamu
Ini soal hati aku
Maka diam dan pejam
Moga kalian faham

Ini kisah pada suatu masa
Katanya teman sehati sejiwa

Hey teman
Pada awalnya
Kau kata kau setia
Peneman jiwa
Tak kira masa

Mungkin
Mungkin aku buta
Kabur dengan janji setia
Terlalu bertimbun
Bersepah depan mata

Mungkin juga
Aku terlalu percaya
Dengan kata manisnya
Sampai aku lupa
Aku sudah diperdaya

Hey teman
Sudahkan kau lupa?
Ceritera kenangan kita
Hampir segala rasa
Kita ukir bersama

Sekarang
Aku dah tak gusar
Segala kenangan hampir pudar
Kerana aku dah sedar

Sesiapa saja
Yang kau rasa teman
Mereka datang kerana wang
Mereka datang kerana kesenangan

Tanya
Tanya mereka
Adakah teman untuk keikhlasan
Atau sekadar permainan perasaan

Dunia sungguh kejam

Aku lakarkan awan
Langit aku warnakan
Aku ingatkan kau pelangi
Rupanya mendung sebelum hujan
Semua awan kau hitamkan
Kau tinggalkan guruh
Dan petir yang saling bersambaran

Aku tunggu dengan tangisan
Masih menunggu sang bulan

Tiada
Harapan palsu saja
Hanya ada kemarau
Kemarau yang berpanjangan

Tipu
Kalau tak sakit
Hati menderita penuh perit

Untuk kau ingat
Sedar sebelum terlambat
Sebelum sakit dan penat
Sebelum hati turut tenat
Dengan permainan dunia tanpa ubat
Tamat


P/s: Puisi ini bermaksud konflik antara rakan yang masih belum reda. Ya,  ego yang menggunung antara mereka, perkara yang kecil diperbesarkan hingga menjadi api yang sedang membara. Awas!