Hyperhidrosis

بسم الله الرحمن الرحيم


maksud

penyakit yang mana peluh akan keluar secara berlebihan, lebih daripada orang normal. Cara mudah faham, peluh yang keluar banyak dekat tapak tangan, ketiak dan kaki.

punca dan sebab

menurut doktor yang aku jumpa, dia kata punca hyperhidrosis ni disebabkan cemas, gemuruh, panik dan kalut. Peluh akan keluar secara tak stabil ketika sedang panik dan memberi kesan. Contohnya, kesukaran untuk menulis kerana tangan sering berpeluh.

cerita aku

aku pun tak tahu yang aku juga mempunyai hyperhidrosis. Well, aku ingat peluh berlebihan dekat tapak tangan, ketiak dan kaki tu perkara biasa. Aku admit, ketika exam paling aku cemas bila tangan aku berpeluh dan ketika aku menulis, makin banyak peluhnya keluar. 

hari rabu lepas, aku pergi ke klinik dan berjumpa doktor tentang ibu jari kaki aku yang kian membengkak. Mesti korang ingat cagukan? Taklah, doktor kata biasanya patient yang cagu datang satu kaki je bengkak. Aku both. Dia kata, dia pun bingung bila aku tayang kaki aku. 

Bila dia pegang kaki aku, dia tanya, "kenapa kaki berpeluh kuat ni? Tapak tangan berpeluh tak? Ketiak?" Aku katalah dah biasa kaki,tapak tangan berpeluh lebih. Ketiak aku tak kata sebab aku ingat dia bergurau .Padahal, ketiak aku pun berpeluh juga.

Kesian doktor tu, jumpa doktor dalam bilik lain, jumpa MA dan telefon doktor kat klinik 1Malaysia. Ramai gila masuk sebab nak tengok kaki aku. Lepastu, dia kata, kaki aku bengkak sebab peluh yang keluar menyebabkan terkumpul di celah-celah kaki aku mudah dijangkiti kuman. Sebab, aku pakai kasut hitam, stokin lagi dan dia suruh aku jangan pakai kasut kuat sangat sebab aku sering berpeluh. 

Setelah keluar bilik tu, MA jumpa kau, "adik sakit dekat mana?", then follow dia sebab nak buat pembedahan kecil atas kaki aku tu, aku muka selambe masuk dan duduk atas katil. Well, sebab aku nak sangat operate kaki aku tu, buang kuku je sebab peluh berkumpul di celah kuku pada ibu jari kaki aku. So, aku dah hilang kedua-dua belah kuku pada ibu jari kaki aku.

P/s: Hyperhidrosis maybe bahaya sebab boleh jadi macam aku. Aku rasa tak bahaya sangat sebab dia hanya peluh. Tunggu nanti aku jadi doktor la sebab aku pun tak tahu nak hurai macam mana.