Bro, nak tau tak?

بسم الله الرحمن الرحيم


     Nak tau tak? Apa itu sakit? Mungkin kau anggap lukanya biasa sahaja. Semua orang pun rasa sakit. Tapi, kalau luka dekat kulit, tunggu sebulan dah sembuh, tapi tinggal luka juga. Tapi kalau dah buat luka dekat hati, kau tau tak sakitnya bagaimana? Sebulan pun belum tentu sembuh, parut pun terus kekal.

   Sakitnya kau sapu dengan maaf. Maaf, kau anggap senang. Buat muka kesian dan aku maafkan. Tapi, kalau dah setiap hari, kau rasa ada maknakah maaf itu? Maaf kau seperti barang yang mahal, namun dilelong untuk aku membelinya dengan murah. Maaf, maaf dan maaf. Aku rasa maaf dah tiada langsung untuk kau.

    Memang mudah untuk kau cakap. Mudah sangat. Kalau sempat aku salin semuanya, mungkin boleh jadi novel. Barangkali. Dengan pujinya,hinanya, sedihnya, ketawanya dan penipuannya. Aku manusia, bila bermain dengan perasaan, siapa yang tak rasa sedih dan kecewa. Tapi, kau ada rasa?

    Nak tau tak? Mungkin semua manusia di sekeliling kau tolong kau sekarang, percaya kata manis yang dicampur perisa. Tapi, tahan lamakah? Kau menipu semata-mata untuk mendapat perhatian mereka. Kau ingat, mereka tiada akal untuk membezakan hitam dan putih.

    Aku tak kisah? Mungkin dulu aku manusia pertama dengar luahan hati kau. Sebab aku dapat rasa hati kau, aku dah banyak telan garam tentang hati. Masin, aku telan. Sanggup bro, untuk kau. Kau ada ke? Pahit sikit, masam sikit, terus buang. 

    Memang kelakar dan menyesal sebab kenal kau. Lagi indah dan aman jika kau tak pernah hadir dalam hidup aku. Muka kau akan aku ingat bro. Cara kau layan aku macam sampah, aku dapat hidu bau busuknya. Jangan kau ingat kau sembur bau wangi terus hilang bau asalnya itu. Tak bro, kau silap. 

   Kau pandang masa sekarang, masa lepas kau hanyutkan terus daripada sungai kenangan yang kau anggap kusam dan kelam. Masa akan datang, adakah kau tanam dalam lubang kegelapan, fikir bro. Fikir. Terima kasih atas masa silam. Aku kenang dan aku akan simpan dalam diari hati. Sudah aku balut bersama lukanya. 

P/s: Anggaplah aku ini manusia yang hancurkan hidup kau, sebab aku adalah sampah yang kau anggap.