Crush?

بسم الله الرحمن الرحيم



     Crush? Ni bukan isu Candy Crush. Well, siapa tak tahu apa itu crush. Sebenarnya, aku pun tak tahu. Aku tahu benda ni apabila kawan aku cakap:

"OMG, crush lalu, bergegar tulang rusuk kiri"

     Agak menyampah! Mohon tekan butang off untuk vibrate supaya tulang rusuk tak bergegar bila crush lalu. Jadi, crush ni dapat dimaksudkan sebagai seseorang atau insan yang kita cintai. 

    Rasanya semua dah tahu bahawa Allah cipta perasaan jatuh cinta. Tapi, adakah Allah cipta percintaan sebelum nikah hingga menyebabkan zina? Zina tak perlu pandang jauh, zina hati sering kita buat even kita tak tahu. 

    Zina hati ni apabila kita lihat crush lalu , mata terus pandang dia, ambil tahu tentang dia, dalam solat tak khusyuk pun sebab asyik terbayang wajahnya. Allah ciptakah? Tak! Kita yang buat perkara ini. 

    Jatuh cinta itu takpe tapi jangan melebih-lebih. Sebab apa? Mula dari crush, lepastu minta mahu couple dan adanya yang ketiga hinggalah menjadi perkara tak senonoh. Pergaulan bebas, hukum entah ke mana. Ya, sebab tu banyak sangat kes pembuangan bayi.

    Allah dah cipta setiap manusia berpasang-pasangan. Jadi, buat apa nak sibuk. Jodoh kau tak lari kalau Allah dah tetapkan. Jodoh macam cermin, kalau kita macam ni, jodoh pun macam ni juga. Yang baik untuk yang baik, yang buruk untuk yang buruk. Jadi, sentiasalah berdoa untuk jodoh yang baik !