Puisi: Kita

بسم الله الرحمن الرحيم



Kisah kita
Dahulunya macam gula
Manis sangat

Kisah kita
Terselit garam
Tak terasa pun

Kisah kita
Mungkin masa ini
Dah macam kopi

Bukan airnya
Tetapi serbuknya

Pahit
Tak mahu rasa
Sebab dah perit

Ya
Ini kita sekarang

Konteks ini
Kau ludah aku
Aku kata kau punca

Tak ada juara
Tapi nak buat apa

Ego tinggi gila
Nak panjat
Gayat--

Tak takut jatuh
Aku harap kau nanti
Rebah dengan sikap
Tersungkur ke tanah

Tak kisah pun
Sebab dah lenyap
Tentang kita--

Kisah kita
Dulunya pantai dan laut
Kemudian ombak kuat
Kerana kau bertukar jadi tsunami

Dan akhirnya
Laut tenang
Pantai tenang

Kerana aku
Dah lemaskan kau

Aku tak mahu
Kau timbul lagi