Perkara penting dan tak penting sangat mustahak untuk hidup

بسم الله الرحمن الرحيم


Kuat

Tak semestinya pada otot, kuat juga perlu untuk iman,
Kalau iman tak kuat, tak tahulah apa jadi pada diri.
Jangan sibuk gagah pada fizikal,
Pastikan rohani lebih gagah dari otot kita.

Sama macam malas dan degil

Tak semestinya perbuatan yang tak perlu ada.
Kadang-kadang paling penting bila tiba saat untuk mengata.
Ya, malas untuk mengata, malas untuk menghina dan degil untuk berputus asa

Sama juga seperti bijak

Tak penting kalau sekadar belajar untuk lepas exam.
Tak pasti pun tiket untuk ke Syurga
Belajar ilmu untuk berjaya dan amalkannya untuk kebaikan.
Bukan belajar untuk dunia sahaja.
Belajarlah untuk akhirat sekali.

Rupa

Mulut kata rupa tak penting tapi mata asyik pandang yang indah saja
Biasa, lumrah manusia
Tapi, rupa hanya hiasan luaran yang tiada kualiti
Isi dalamannya itu penting.
Jangan jadi bunga, terlalu indah
Sehingga membenarkan semua jantina memetiknya.
Namun, jadilah matahari
Terlalu jauh untuk digapai dan sukar dilihat dengan mata

P/s: Bukan semua benda tak penting, kekadang benda yang tak penting akan menjadi perkara paling mustahak dalam hidup.