Jangan Putus Asa , Sayang!

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku tak kuat
Aku sudah lama tahu
Tak perlu kau ungkap

Bila sekali aku bangun
Aku tak rasa sedikitpun
Rasa sakit

Bila dah tersalah langkah
Badan terus jatuh ke bawah

Hanya Tuhan tahu
Sakitnya dimana

Aku punya harapan
Tinggi macam bintang
Bukan mudah mahu digapai

Tapi aku usaha
Cuba cari cahayanya

Tapi tak
Malam sangat gelap
Macam harapan aku

Bintang sudah kabur
Satu pun tak mampu aku rebut

Menangis pun
Dah tak ada guna

Benda dah pergi
Tak perlu aku ingati
Nak dipanggil
Sudah tak penting lagi

Cuma satu
Yang perlu kau ingat

Memang aku malas
Memang aku degil
Degil aku pada prinsip

Aku degil untuk berputus asa
Aku malas untuk memberi kemenangan
Pada mereka begitu sahaja

Jatuh untuk 39 kali
Bangunlah untuk 40 kali

Yang penting
Jangan putus asa

P/s: Kecewa bila kena ujian. Tak perlu, kuatkan hati. Jangan putus asa, Sayang!