Aku hanya mahu kejujuran

بسم الله الرحمن الرحيم



I don't ask for much
Just be honest with me

     Aku hanya mahu itu. Tolong jangan bahagiakan aku dengan penipuan. Aku teraniaya dengan semua itu. Aku mahu satu je. Tolong jujur dengan aku. Aku penat. Penat dengan penipuan.

     Biarkan aku sedih. Biarkan aku marah asalkan aku tahu tentang kejujuran. Bila kau berkata benar padaku, kau tak perlu risau lagi tentangnya. Asalkan kau ikhlas untuk aku.

      Bila kau jujur dengan aku. Kau akan jujur dengan diri kau juga. Bayangkan, bila kau bahagiakan aku dengan penipuan, aku telah diperbodohkan seperti boneka bernyawa. Senyum dan tertawa walaupun itu semua penipuan semata-mata.

     Honesty is the best gift you can give

    Tak kisahlah apa yang kau anggap pada aku. Tak penting semua itu. Kalau kau tahu betapa pedihnya bahagia atas penipuan, kau pun tak mahu rasa semua itu. Aku yakin sekali! Aku bukan hamba Tuhan yang tidak punya perasaan. 

      Aku tak mahu mengulas panjang. Aku harap kau faham. Aku juga mahu keikhlasan dan kejujuran daripada kau. Kau juga manusia bukan. Takkan kau tak faham perasaan aku.

P/s: Honesty is the best poetry.