Puisi: Kita

بسم الله الرحمن الرحيم



Kisah kita
Dahulunya macam gula
Manis sangat

Kisah kita
Terselit garam
Tak terasa pun

Kisah kita
Mungkin masa ini
Dah macam kopi

Bukan airnya
Tetapi serbuknya

Pahit
Tak mahu rasa
Sebab dah perit

Ya
Ini kita sekarang

Konteks ini
Kau ludah aku
Aku kata kau punca

Tak ada juara
Tapi nak buat apa

Ego tinggi gila
Nak panjat
Gayat--

Tak takut jatuh
Aku harap kau nanti
Rebah dengan sikap
Tersungkur ke tanah

Tak kisah pun
Sebab dah lenyap
Tentang kita--

Kisah kita
Dulunya pantai dan laut
Kemudian ombak kuat
Kerana kau bertukar jadi tsunami

Dan akhirnya
Laut tenang
Pantai tenang

Kerana aku
Dah lemaskan kau

Aku tak mahu
Kau timbul lagi

Puisi: Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم



Rindu
Rindu masa dulu

Tiada halangan
Semua macam mimpi
Kau senyum
Aku senyum

Bahagia--
Tak matang
Itu mampu aku ucap

Tapi
Itu dulu--

Sekarang
Dah ada jarak

Mungkin
Tapi aku rasa jauh
Takkan rapat lagi

Itu kau
Ini aku

Semua ini aku terima
Semua pergi
Macam tiupan angin sahaja--

Nak ke tak
Kena telan juga

Sungguh
Aku rindu kita dulu

Wordless #Rokok

بسم الله الرحمن الرحيم


     Tentang rokok. Semua dah tahu yang rokok ni bahaya. Namun, pandang sebelah mata je. Dari sudut pandangan Islam, rokok adalah HARAM. Baca ayat dekat atas tu sampai faham. Walaupun diletakkan pelbagai gambar tentang penyakit dekat kotak rokok sekalipun, kalau tak ambil peduli pun tak jadi.

    Jadi, saya sarankan supaya sesiapa yang menghisap rokok dapat berhenti kerana takkan biarkan diri melakukan perkara HARAM setiap hari. Takkan hiap rokok kerana ingin hilangkan stres. Hilang stres dengan ambil wudu', solat dan mengaji lagi baik. 

P/s: Aku benci rokok sebab asap rokok dapat menyebabkan aku dapat bersin yang sukar untuk berhenti. 

Doa merangsang kecerdasan akal

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Atabatul-Ghulam

إِلَـٰهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حَوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالْفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّىٰ أَحْفَظَ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغْمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَاءََتِيْ يَزْدَادُرِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ ۰

“ Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampuni dosaku maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar dari ilmu pengetahuan dan Al-Qur’an. Ya Allah, berilah aku kemuliaan dengan bagus suara dan baik langgam suara, hingga sesiapa yang mendengar bacaanku hatinya merasa kasih sayang dan lemah lembut meskipun ada seseorang yang keras hati. Ya Allah, berilah kemurahan dengan rezeki yang tidak terkira

Aku hanya mahu kejujuran

بسم الله الرحمن الرحيم



I don't ask for much
Just be honest with me

     Aku hanya mahu itu. Tolong jangan bahagiakan aku dengan penipuan. Aku teraniaya dengan semua itu. Aku mahu satu je. Tolong jujur dengan aku. Aku penat. Penat dengan penipuan.

     Biarkan aku sedih. Biarkan aku marah asalkan aku tahu tentang kejujuran. Bila kau berkata benar padaku, kau tak perlu risau lagi tentangnya. Asalkan kau ikhlas untuk aku.

      Bila kau jujur dengan aku. Kau akan jujur dengan diri kau juga. Bayangkan, bila kau bahagiakan aku dengan penipuan, aku telah diperbodohkan seperti boneka bernyawa. Senyum dan tertawa walaupun itu semua penipuan semata-mata.

     Honesty is the best gift you can give

    Tak kisahlah apa yang kau anggap pada aku. Tak penting semua itu. Kalau kau tahu betapa pedihnya bahagia atas penipuan, kau pun tak mahu rasa semua itu. Aku yakin sekali! Aku bukan hamba Tuhan yang tidak punya perasaan. 

      Aku tak mahu mengulas panjang. Aku harap kau faham. Aku juga mahu keikhlasan dan kejujuran daripada kau. Kau juga manusia bukan. Takkan kau tak faham perasaan aku.

P/s: Honesty is the best poetry.

Jangan Putus Asa , Sayang!

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku tak kuat
Aku sudah lama tahu
Tak perlu kau ungkap

Bila sekali aku bangun
Aku tak rasa sedikitpun
Rasa sakit

Bila dah tersalah langkah
Badan terus jatuh ke bawah

Hanya Tuhan tahu
Sakitnya dimana

Aku punya harapan
Tinggi macam bintang
Bukan mudah mahu digapai

Tapi aku usaha
Cuba cari cahayanya

Tapi tak
Malam sangat gelap
Macam harapan aku

Bintang sudah kabur
Satu pun tak mampu aku rebut

Menangis pun
Dah tak ada guna

Benda dah pergi
Tak perlu aku ingati
Nak dipanggil
Sudah tak penting lagi

Cuma satu
Yang perlu kau ingat

Memang aku malas
Memang aku degil
Degil aku pada prinsip

Aku degil untuk berputus asa
Aku malas untuk memberi kemenangan
Pada mereka begitu sahaja

Jatuh untuk 39 kali
Bangunlah untuk 40 kali

Yang penting
Jangan putus asa

P/s: Kecewa bila kena ujian. Tak perlu, kuatkan hati. Jangan putus asa, Sayang!

Perkara penting dan tak penting sangat mustahak untuk hidup

بسم الله الرحمن الرحيم


Kuat

Tak semestinya pada otot, kuat juga perlu untuk iman,
Kalau iman tak kuat, tak tahulah apa jadi pada diri.
Jangan sibuk gagah pada fizikal,
Pastikan rohani lebih gagah dari otot kita.

Sama macam malas dan degil

Tak semestinya perbuatan yang tak perlu ada.
Kadang-kadang paling penting bila tiba saat untuk mengata.
Ya, malas untuk mengata, malas untuk menghina dan degil untuk berputus asa

Sama juga seperti bijak

Tak penting kalau sekadar belajar untuk lepas exam.
Tak pasti pun tiket untuk ke Syurga
Belajar ilmu untuk berjaya dan amalkannya untuk kebaikan.
Bukan belajar untuk dunia sahaja.
Belajarlah untuk akhirat sekali.

Rupa

Mulut kata rupa tak penting tapi mata asyik pandang yang indah saja
Biasa, lumrah manusia
Tapi, rupa hanya hiasan luaran yang tiada kualiti
Isi dalamannya itu penting.
Jangan jadi bunga, terlalu indah
Sehingga membenarkan semua jantina memetiknya.
Namun, jadilah matahari
Terlalu jauh untuk digapai dan sukar dilihat dengan mata

P/s: Bukan semua benda tak penting, kekadang benda yang tak penting akan menjadi perkara paling mustahak dalam hidup.