Kawan

بسم الله الرحمن الرحيم



     Salam Jumaat. Sudah sekian lama Faris tidak menaip. Bukan kerana jemu atau malas. Faris ada terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Maklumlah, student PT3. Tapi, bukan tentang exam tetapi tentang kawan. Ya! Orang yang berada bersama kita.

Sebelum itu, mari kita kenal ciri-ciri kawan sejati dahulu menurut Imam al-Ghazali.

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.

5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeda pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.

     Zaman sekarang, manusia lebih pentingkan kawan dari keluarga. Mereka tak kisah sama ada kawan itu mampu atau tidak untuk membawa ke Syurga asalkan mampu buat mereka bahagia. Ini bukan tafsiran tetapi sudah menjadi fakta utama.

     Jika diselidik dari setiap sudut, keluarga jauh lebih bermakna daripada kawan. Apa ada pada kawan, itu kita sahaja yang mampu rungkaikan. Jangan fikir kawan segala-galanya. 

    Faris bukanlah pasrah atau tidak berminat untuk berkawan namun Faris sudah serik kadang-kadang kerana sudah pelbagai kawan yang dah Faris kenal. Tapi, kawan dalam semua itu, beberapa sahaja yang mampu membimbing kita.

    Fikir untuk berkawan. Kawan yang kita pilih akan membentuk diri kita. Siapa kawan kita, itulah kita nanti. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut berbau harum tetapi jika kita berkawan dengan pengutip najis, kita akan berbau busuknya. 

P/s: Kawan yang baik bukan sekadar peneman di dunia tetapi turut menjadi peneman di Akhirat kelak.