Merentas Desa

بسم الله الرحمن الرحيم

     Penat. Penat gila. Aku dah cuba nak dapat Top 10. Tapi bukan Top 10. Haha. Top 100. Batuk punya pasal, dada aku sakit. From roundabout, lari sikit then terus berhenti. Tak larat aku nak terus. Kawan aku lagi power, mana taknya, ajak lari sesame tapi dia tinggal aku sampai lah dapat nombor 13. 

    Tak, Tak kisah pun. Aku dapat nombor 95 dah kira boleh tahan. Seorang demi seorang lari macam robot, laju gila. Aku tak tahulah kaki diorang buatan apa. Yang penting, aku lepas siap lari terus masuk koperasi. Tidur ~

    Makan maggi pun tak habis, Takde selera nak makan, penat sangat. Well, siapa kesah? Aku rumah Hijau dah tau komfem tak dapat Juara punya. Asal naik stage, Merah , Merah , Merah. Pupus agaknya 3 group yang lain. 

P/s: Semangat kesukanan itu penting. Teruskan berjuang even dah tahu kalah.