Kasut dan Kompas

بسم الله الرحمن الرحيم



     Tak pelik pun. Aku letak gambar kasut bukan nak samakan dengan tajuk kompas. Saja je nak kasi nampak kelainan sikit. Tak, sebenarnya aku nak bagi sikit kata-kata yang dah lama terkumpul dalam hati aku, tunggu masa je nak luah. Aku harap kalian baca dan tadah semuanya. Aku serahkan kepada kalian untuk kebaikan kita bersama.

Kompas menunjukkan arah di mana tempat yang ingin kita tuju.

Kasut yang kita pakai pula membawa kepada tempat yang dituju oleh kita.


" Jadikan hidup macam kompas, tunjuk kepada arah yang betul tanpa perlu menyimpang ke arah lain "

     Bila kita letakkan apa yang kita tuju. Teruskan mengejar apa yang kita perlu. Tak perlu tunggu orang lain. Mungkin mereka belum meletakkan hala tuju mereka lagi. Masih tertanya - tanya bukan? Mengapa aku pilih kompas sedangkan peta dah ada. Buka Google je jumpa terus. 

    Bagi aku, jika guna peta, tempat yang dituju tak sama, perlu melencong ke kiri, ambil side ke kanan then U-turn pulak. Lebih sesuai jika aku guna kompas sahaja. 

"Sejauh mana kau berjalan , jangan sesekali kau lupa Tuhan"

     Cuba kita analisa hati kita. Buat ujikaji untuk diri kita. Apa yang kita kejar sebenarnya? Adakah kita belajar hanya untuk memenuhi masa remaja. Hanya sekadar turut perintah ibu bapa? Manusia , adakalanya mereka memilih kebebasan , kebahagiaan sebagai hala tuju mereka.

    Sebab apa? Sebab remaja hanya sekali katanya. Kalau bukan sekarang nak have fun, nanti tua bangka duduk meniarap atas katil nak have fun macam mana.

    Ada satu cerita untuk aku kongsikan kepada kalian. Sememangnya mata dikurnia oleh Tuhan untuk melihat. Mata juga buat maksiat melalui zina mata.
Dekat mana sekalipun, aku suka untuk tenung seseorang supaya dia menjadi janggal dan malu dengan aku. Bukan niat untuk mempermainkannya, hanya sekadar menghilangkan bosan.

    Namun, ada juga yang perasan, dia fikir aku syok dekat dia. Memang kelakar. Sebenarnya aku suka tengok ciptaan Tuhan. Indah sangat. Buat aku berangan kekadang.

     Aku tak rasa nak habiskan masa senggang aku dengan bercinta. Mana taknya, minit ke minit, asyik tanya , buat apa , buat apa , buat apa.

     Takkan tak bosan. Aku yang tak pernah bercinta asyik dengar mereka bercerita pun dah berbulu telinga. Bukan nak kata aku cerewet. Aku tak anggap pun bercinta tu penting.

" Sebab bercinta bukan 
kompas hidup aku"

    Mereka yang tutup muka jumpa aku, aku rasa mereka perlu tahu, aku tak simpan pun diorang dalam hati aku. Kompas hidup aku, aku tuju kepada kejayaan di Dunia dan di Akhirat. 

" Aku langsung tak Alim, cuma aku nak kejar Syurga Allah"

     Ada mereka buat Wishlist dimana nak senaraikan apa yang mereka perlu. Iphone, Nikon. Semua tu tak penting. Sebab bila dah dapat Iphone, kemudian Iphone yang latest pun keluar. Nak yang latest pulak. 

" Benda baru di tangan, 
benda lama dia buang"

    Kalau nak diikutkan, benda yang dah lama aku idam iaitu Walkman tak dapat - dapat even aku nak benda tu dari Darjah 6. Tapi tak pulak aku sebut depan mak bapak aku sebab aku fikir benda tu tak penting pun. Sebab kau nak benda tu nak tayang dekat kengkawan, nak tunjuk kau pun hebat jugak. Tapi, lama-lama kau biarkan je benda tu dekat tepi sampai berhabuk. Nak bila bosan gila-gila. Masa gembira , Haram nak sentuh.

"  Hidup macam kompas, 
bila ia tunjuk arah depan, 
teruskan berjalan, 
jangan sesekali kau undur 
ke belakang, biarkan 
kenangan hitam 
tertanam dengan aman"

     Bagi aku, letakkan kejayaan sebagai kompas hidup kalian. Jangan bazirkan dengan percintaan sebab kalian bercinta tak menentukan itu jodoh kalian. Kalian tak bercinta sekalipun Allah dah tetapkan. Doakan saja yang baik untuk jodoh nanti. 

     Maafkan aku jika kata-kata aku mengguris hati kalian. Aku menulis hanya untuk berkongsi sedikit pandangan. Bukan untuk menghina kalian. Aku harap kalian faham dan ambil pengajaran.

P/s: Bukan syok dekat kalian, aku suka tengok keindahan ciptaan Tuhan

Salam Sayang, 

Faris Yahani   

2 comments

setuju, fokus dgn apa yg diinginkan, namun tak salah bercinta, Allah dah beri ruang untuknya di dalam hati, cuma jangan bercinta mengikut nafsu

akk suka baca atrikel ni.. good job

Well said, couldn't agree more. :)

Post a Comment