Disappointed = No one cares

بسم الله الرحمن الرحيم


"Aku sedih, biar aku lakarkan senyuman walau ia kelihatan sungguh palsu"

     Kalau nak berbicara tentang sedih,kecewa dan seangkatannya. Memang semua orang pernah rasa. Tapi, bila orang sekeliling rasa macam tu, perlukah korang mendengar luahan mereka? Mendengar masalah mereka? Kekadang kalau Bestfriend tu sudah dianggap biasa, kalau yang jenis menyendiri? 

Tak perlu nak berlakon, benda kecil je"
Lantak kau, malas aku nak layan"
Kau ape hal? Nak menangis bagai"

     Well, perkataan macam ni dah berbuih telinga aku dengar. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak taip korang baca pun naik bosan. Cuba korang bayang balik bila orang kata macam tu dekat korang, korang rasa nak sepak je kan jauh - jauh. Macam tu la jugak perasaan orang lain bila korang buat macam tu.

"Bila sedih, cari Sejadah 
baru ingat Tuhan. Lupa diri"

     Tak terasa? Well, aku yang menaip pun terasa juga. Mana taknya, bila korang gembira, gelak ketawa kalau boleh bergegar satu rumah, menyanyi sambil joget, yang sedang memasak, lagi best. Haha. Aku frust gila bila dengar orang yang memasak sedang menyanyi. Bukan tak best, cuma buat aku tak tenteram. Ngeri agaknya.

     Tapi bukan pasal tu, pasal lupa diri. YA! Kalau dulu, kacang lupa kulit, lupa asal usul. Tapi bila dah lupa Tuhan, korang rasa apa? Bila korang nampak orang yang macam tu, aku sure pasti akan ada yang kata, ek eleh dulu tak macam tu, bila dah besar panjang dah hilang semua. 

     Tak perlu terkejut, benda macam ni dah banyak aku rasa, dah banyak sangat yang aku dengar. Kena fikir positif, mesti ada sebab jadi macam tu. Korang macam mana? Adakah korang sedang happy, Tuhan korang ingat? Jadi, kena ingat, tak semestinya orang yang happy, lupa Sang Pencipta. 

"Walau aku takde muscle,
 sixpack Insya- Allah aku 
mampu sabar"

     Sabar. Perkara asas yang perlu tahu, boleh menguatkan iman. Tapi, yang apa berlaku sekarang, remaja kita lebih agresif, garang, panas baran. Mana Sabar? Tertanya-tanya dimana mereka simpan Sabar sampaikan semua benda nak dijerkah. 

     Tak semua yang begitu, aku percaya. Sebab masih ramai yang aku kenal mempunyai sifat Sabar yang kental. Kekadang aku nak meletus pun diorang boleh Sabar lagi. Bila korang berjanji dengan kengkawan then diorang buat hal, mestilah marah, kekadang aku pun marah juga sebab pandai tabur janji dan susah gila nak kutip balik. 

     Orang yang kuat Sabar ni memang aku appreciate, hati mereka sungguh hebat dan tabah yang boleh buat aku kagum. Aku pun tertanya-tanya pada diri, kenapa aku tak boleh jadi macam diorang. Even, dia yang teruk dari aku pun boleh je tahan, aku yang biasa je rasa pun dah nak melenting. Malu jugak terkadang bila fikir balik. Jangan tiru attitude aku ye?

"Biarkan air mata berbicara"

     Cewahh, power tak ayat aku. Haha. Jangan dipuji lebih-lebih. Hidung aku dah penat nak tekan, asyik kembang aje. Bila korang sedih, nak luahkan takde yang dengar. Biarkanlah air mata yang menceritakan segalanya. Bagi aku, biar takda yang orang nak dengar, Tuhan still ada untuk dengar kesedihan kita. Korang luah, Tuhan dengar. 

     Orang tak kata kau gila. Sebab, kalau kau cerita pada diorang, mereka tak dengar pun kekadang, lagi jadi nak gila. Kalau luah dekat Tuhan, sakit hati pun tak. Rasa aman je. Cuba eh pada yang tak buat lagi. Takkan pernah rasa kecewa. Allah dah kata, Jangan bersedih, Allah ada disisi. So, apa yang perlu disedihkan.

"Hebat. Hebat sangat 
biarkan jaga hati orang 
lain even hati 
sendiri dah hancur"

     Memang hebat. Hati sendiri tak pandang, yang penting hati orang lain. Sampai bila? Nak tahan orang buat luka even hati sendiri langsung tak ambil kira. Orang pernah kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kalau asyik buat baik, bila orang dah naik tahap atas kepala, diketuk pun dah tak guna.

     Perkara ini kebanyakkan dah banyak aku rasa sepanjang aku sekolah menengah ni. Rasa cuba tak nak marah, cuba dan terus cuba. Namun, bila aku dah geram, mereka buat muka je. Memang menyesal pun ada juga. Kalau aku tahu, dah lama aku tak buat baik langsung pada mereka. 

"Hati aku luka, aku 
akan ingat siapa 
yang menggoresnya"

"Bad day is like a cruel year"

     Dah lama aku nak kongsi, mungkin harini sesuai kot. Sebab cuba korang fikir dalam-dalam, bukankah bila korang ingat siapa yang buat korang sedih, merana, akan timbul dendam dalam jiwa. Betul tak? Jadi aku nasihatkan cuba lah bersabar dan maafkanlah salah diorang.

    Memang susah nak maaf. Aku sendiri pun begitu. Nak boleh hati betul-betul merelakan memang susah. Tapi, sanggup ke nak tanggung dosa semata - mata ego yang tak pernah nak tunduk tu. Cuba buka mata, lihat betul - betul, kita siapa je nak menghukum, apa je yang ada. 

 "Bila sedih hati menginginkan seseorang yang boleh 
mendengar keluhan, 
yang pasti kawan 
dah entah ke mana, 
tak kira siapa dia, 
hargai mereka, 
tak ramai pun, 
seorang dah 
cukup bermakna"

     Tak saje nak taip ayat yang dah lama tunggu turn nak keluar. Sebab ayat ni betul-betul kena dengan situation aku bila sedih kebanyakkan. Takde pun kawan yang datang. Tengok-tengok orang yang tak disangka pulak yang datang dengar apa yang kita rasa.

"Manusia dah lupa jasa 
kita namun Tuhan ingat 
satu per satu apa 
yang kita buat"

     Memang betul. Biar kawan korang lupa apa yang korang buat. Kalau nak diungkit balik, banyak sangat jika nak dibandingkan dengan kesalahan yang kita buat. Tak berbaloi. Namun apa boleh buat, lupakan saja apa yang mereka buat pada kita yang penting Tuhan Tahu apa yang kita buat kerana satu per satu Dia tahu even benda tu kecik tahap anak kuman.

"Terima kasih untuk 
mereka yang lupa 
pada jasa, aku 
sangat terasa"

     Ribuan terima kasih sangat-sangat sebab aku dah tahu tak semua jasa yang kita beri akan terus mereka kenang. Kita kena fikir balik, adakah jasa yang mak bapak kita beri kita kenang. Allah nak tunjuk pada kita sebenarnya, kita kena terus fikir dan tahu perkara ni. 

    Aku nak bagitau sikit, kita kena kuat bila dapat ujian sebab itu akan menentukan mana kita pergi. Aduii, bukan kertas peperiksaan, ujian yang Allah beri, kita kena terus tabah dan redha, Allah takkan beri ujian itu kalau kita tak dapat nak tahan. Allah dah tahu kita dapat tahan sebabtu Allah kasi.
Sabar ye, hehe.

P/s: Life without tests is not called life, that called ruins your life.*smile*

Salam sayang

Faris Yahani