Hairstyles buat lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

     Bagi peminat yang suka buat hairstyle pelik-pelik macam aku ni. Gemar gila search google jenis hairstyle yang baru. Tapi, aku nak kongsi hairstyle yang tak lama dan tak baru. Cantik! Pergi depan cermin then cuba ye. Tak pelik pun. Tapi nampak kacak. 


     Ambillah yang mana jadi idaman korang . Buat hias rambut pelik-pelik jadi tarikan tau. Ni nampak je simple tapi tergamam orang lihat korang. Tak payah nak terkejut sangat. Cubalah selagi korang tak botak. 

P/s: Dulu Marouane Fellaini pun cuba tapi tak dapat sebab besar sangat.





Merentas Desa

بسم الله الرحمن الرحيم

     Penat. Penat gila. Aku dah cuba nak dapat Top 10. Tapi bukan Top 10. Haha. Top 100. Batuk punya pasal, dada aku sakit. From roundabout, lari sikit then terus berhenti. Tak larat aku nak terus. Kawan aku lagi power, mana taknya, ajak lari sesame tapi dia tinggal aku sampai lah dapat nombor 13. 

    Tak, Tak kisah pun. Aku dapat nombor 95 dah kira boleh tahan. Seorang demi seorang lari macam robot, laju gila. Aku tak tahulah kaki diorang buatan apa. Yang penting, aku lepas siap lari terus masuk koperasi. Tidur ~

    Makan maggi pun tak habis, Takde selera nak makan, penat sangat. Well, siapa kesah? Aku rumah Hijau dah tau komfem tak dapat Juara punya. Asal naik stage, Merah , Merah , Merah. Pupus agaknya 3 group yang lain. 

P/s: Semangat kesukanan itu penting. Teruskan berjuang even dah tahu kalah.

Disappointed = No one cares

بسم الله الرحمن الرحيم


"Aku sedih, biar aku lakarkan senyuman walau ia kelihatan sungguh palsu"

     Kalau nak berbicara tentang sedih,kecewa dan seangkatannya. Memang semua orang pernah rasa. Tapi, bila orang sekeliling rasa macam tu, perlukah korang mendengar luahan mereka? Mendengar masalah mereka? Kekadang kalau Bestfriend tu sudah dianggap biasa, kalau yang jenis menyendiri? 

Tak perlu nak berlakon, benda kecil je"
Lantak kau, malas aku nak layan"
Kau ape hal? Nak menangis bagai"

     Well, perkataan macam ni dah berbuih telinga aku dengar. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak taip korang baca pun naik bosan. Cuba korang bayang balik bila orang kata macam tu dekat korang, korang rasa nak sepak je kan jauh - jauh. Macam tu la jugak perasaan orang lain bila korang buat macam tu.

"Bila sedih, cari Sejadah 
baru ingat Tuhan. Lupa diri"

     Tak terasa? Well, aku yang menaip pun terasa juga. Mana taknya, bila korang gembira, gelak ketawa kalau boleh bergegar satu rumah, menyanyi sambil joget, yang sedang memasak, lagi best. Haha. Aku frust gila bila dengar orang yang memasak sedang menyanyi. Bukan tak best, cuma buat aku tak tenteram. Ngeri agaknya.

     Tapi bukan pasal tu, pasal lupa diri. YA! Kalau dulu, kacang lupa kulit, lupa asal usul. Tapi bila dah lupa Tuhan, korang rasa apa? Bila korang nampak orang yang macam tu, aku sure pasti akan ada yang kata, ek eleh dulu tak macam tu, bila dah besar panjang dah hilang semua. 

     Tak perlu terkejut, benda macam ni dah banyak aku rasa, dah banyak sangat yang aku dengar. Kena fikir positif, mesti ada sebab jadi macam tu. Korang macam mana? Adakah korang sedang happy, Tuhan korang ingat? Jadi, kena ingat, tak semestinya orang yang happy, lupa Sang Pencipta. 

"Walau aku takde muscle,
 sixpack Insya- Allah aku 
mampu sabar"

     Sabar. Perkara asas yang perlu tahu, boleh menguatkan iman. Tapi, yang apa berlaku sekarang, remaja kita lebih agresif, garang, panas baran. Mana Sabar? Tertanya-tanya dimana mereka simpan Sabar sampaikan semua benda nak dijerkah. 

     Tak semua yang begitu, aku percaya. Sebab masih ramai yang aku kenal mempunyai sifat Sabar yang kental. Kekadang aku nak meletus pun diorang boleh Sabar lagi. Bila korang berjanji dengan kengkawan then diorang buat hal, mestilah marah, kekadang aku pun marah juga sebab pandai tabur janji dan susah gila nak kutip balik. 

     Orang yang kuat Sabar ni memang aku appreciate, hati mereka sungguh hebat dan tabah yang boleh buat aku kagum. Aku pun tertanya-tanya pada diri, kenapa aku tak boleh jadi macam diorang. Even, dia yang teruk dari aku pun boleh je tahan, aku yang biasa je rasa pun dah nak melenting. Malu jugak terkadang bila fikir balik. Jangan tiru attitude aku ye?

"Biarkan air mata berbicara"

     Cewahh, power tak ayat aku. Haha. Jangan dipuji lebih-lebih. Hidung aku dah penat nak tekan, asyik kembang aje. Bila korang sedih, nak luahkan takde yang dengar. Biarkanlah air mata yang menceritakan segalanya. Bagi aku, biar takda yang orang nak dengar, Tuhan still ada untuk dengar kesedihan kita. Korang luah, Tuhan dengar. 

     Orang tak kata kau gila. Sebab, kalau kau cerita pada diorang, mereka tak dengar pun kekadang, lagi jadi nak gila. Kalau luah dekat Tuhan, sakit hati pun tak. Rasa aman je. Cuba eh pada yang tak buat lagi. Takkan pernah rasa kecewa. Allah dah kata, Jangan bersedih, Allah ada disisi. So, apa yang perlu disedihkan.

"Hebat. Hebat sangat 
biarkan jaga hati orang 
lain even hati 
sendiri dah hancur"

     Memang hebat. Hati sendiri tak pandang, yang penting hati orang lain. Sampai bila? Nak tahan orang buat luka even hati sendiri langsung tak ambil kira. Orang pernah kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kalau asyik buat baik, bila orang dah naik tahap atas kepala, diketuk pun dah tak guna.

     Perkara ini kebanyakkan dah banyak aku rasa sepanjang aku sekolah menengah ni. Rasa cuba tak nak marah, cuba dan terus cuba. Namun, bila aku dah geram, mereka buat muka je. Memang menyesal pun ada juga. Kalau aku tahu, dah lama aku tak buat baik langsung pada mereka. 

"Hati aku luka, aku 
akan ingat siapa 
yang menggoresnya"

"Bad day is like a cruel year"

     Dah lama aku nak kongsi, mungkin harini sesuai kot. Sebab cuba korang fikir dalam-dalam, bukankah bila korang ingat siapa yang buat korang sedih, merana, akan timbul dendam dalam jiwa. Betul tak? Jadi aku nasihatkan cuba lah bersabar dan maafkanlah salah diorang.

    Memang susah nak maaf. Aku sendiri pun begitu. Nak boleh hati betul-betul merelakan memang susah. Tapi, sanggup ke nak tanggung dosa semata - mata ego yang tak pernah nak tunduk tu. Cuba buka mata, lihat betul - betul, kita siapa je nak menghukum, apa je yang ada. 

 "Bila sedih hati menginginkan seseorang yang boleh 
mendengar keluhan, 
yang pasti kawan 
dah entah ke mana, 
tak kira siapa dia, 
hargai mereka, 
tak ramai pun, 
seorang dah 
cukup bermakna"

     Tak saje nak taip ayat yang dah lama tunggu turn nak keluar. Sebab ayat ni betul-betul kena dengan situation aku bila sedih kebanyakkan. Takde pun kawan yang datang. Tengok-tengok orang yang tak disangka pulak yang datang dengar apa yang kita rasa.

"Manusia dah lupa jasa 
kita namun Tuhan ingat 
satu per satu apa 
yang kita buat"

     Memang betul. Biar kawan korang lupa apa yang korang buat. Kalau nak diungkit balik, banyak sangat jika nak dibandingkan dengan kesalahan yang kita buat. Tak berbaloi. Namun apa boleh buat, lupakan saja apa yang mereka buat pada kita yang penting Tuhan Tahu apa yang kita buat kerana satu per satu Dia tahu even benda tu kecik tahap anak kuman.

"Terima kasih untuk 
mereka yang lupa 
pada jasa, aku 
sangat terasa"

     Ribuan terima kasih sangat-sangat sebab aku dah tahu tak semua jasa yang kita beri akan terus mereka kenang. Kita kena fikir balik, adakah jasa yang mak bapak kita beri kita kenang. Allah nak tunjuk pada kita sebenarnya, kita kena terus fikir dan tahu perkara ni. 

    Aku nak bagitau sikit, kita kena kuat bila dapat ujian sebab itu akan menentukan mana kita pergi. Aduii, bukan kertas peperiksaan, ujian yang Allah beri, kita kena terus tabah dan redha, Allah takkan beri ujian itu kalau kita tak dapat nak tahan. Allah dah tahu kita dapat tahan sebabtu Allah kasi.
Sabar ye, hehe.

P/s: Life without tests is not called life, that called ruins your life.*smile*

Salam sayang

Faris Yahani

Kasut dan Kompas

بسم الله الرحمن الرحيم



     Tak pelik pun. Aku letak gambar kasut bukan nak samakan dengan tajuk kompas. Saja je nak kasi nampak kelainan sikit. Tak, sebenarnya aku nak bagi sikit kata-kata yang dah lama terkumpul dalam hati aku, tunggu masa je nak luah. Aku harap kalian baca dan tadah semuanya. Aku serahkan kepada kalian untuk kebaikan kita bersama.

Kompas menunjukkan arah di mana tempat yang ingin kita tuju.

Kasut yang kita pakai pula membawa kepada tempat yang dituju oleh kita.


" Jadikan hidup macam kompas, tunjuk kepada arah yang betul tanpa perlu menyimpang ke arah lain "

     Bila kita letakkan apa yang kita tuju. Teruskan mengejar apa yang kita perlu. Tak perlu tunggu orang lain. Mungkin mereka belum meletakkan hala tuju mereka lagi. Masih tertanya - tanya bukan? Mengapa aku pilih kompas sedangkan peta dah ada. Buka Google je jumpa terus. 

    Bagi aku, jika guna peta, tempat yang dituju tak sama, perlu melencong ke kiri, ambil side ke kanan then U-turn pulak. Lebih sesuai jika aku guna kompas sahaja. 

"Sejauh mana kau berjalan , jangan sesekali kau lupa Tuhan"

     Cuba kita analisa hati kita. Buat ujikaji untuk diri kita. Apa yang kita kejar sebenarnya? Adakah kita belajar hanya untuk memenuhi masa remaja. Hanya sekadar turut perintah ibu bapa? Manusia , adakalanya mereka memilih kebebasan , kebahagiaan sebagai hala tuju mereka.

    Sebab apa? Sebab remaja hanya sekali katanya. Kalau bukan sekarang nak have fun, nanti tua bangka duduk meniarap atas katil nak have fun macam mana.

    Ada satu cerita untuk aku kongsikan kepada kalian. Sememangnya mata dikurnia oleh Tuhan untuk melihat. Mata juga buat maksiat melalui zina mata.
Dekat mana sekalipun, aku suka untuk tenung seseorang supaya dia menjadi janggal dan malu dengan aku. Bukan niat untuk mempermainkannya, hanya sekadar menghilangkan bosan.

    Namun, ada juga yang perasan, dia fikir aku syok dekat dia. Memang kelakar. Sebenarnya aku suka tengok ciptaan Tuhan. Indah sangat. Buat aku berangan kekadang.

     Aku tak rasa nak habiskan masa senggang aku dengan bercinta. Mana taknya, minit ke minit, asyik tanya , buat apa , buat apa , buat apa.

     Takkan tak bosan. Aku yang tak pernah bercinta asyik dengar mereka bercerita pun dah berbulu telinga. Bukan nak kata aku cerewet. Aku tak anggap pun bercinta tu penting.

" Sebab bercinta bukan 
kompas hidup aku"

    Mereka yang tutup muka jumpa aku, aku rasa mereka perlu tahu, aku tak simpan pun diorang dalam hati aku. Kompas hidup aku, aku tuju kepada kejayaan di Dunia dan di Akhirat. 

" Aku langsung tak Alim, cuma aku nak kejar Syurga Allah"

     Ada mereka buat Wishlist dimana nak senaraikan apa yang mereka perlu. Iphone, Nikon. Semua tu tak penting. Sebab bila dah dapat Iphone, kemudian Iphone yang latest pun keluar. Nak yang latest pulak. 

" Benda baru di tangan, 
benda lama dia buang"

    Kalau nak diikutkan, benda yang dah lama aku idam iaitu Walkman tak dapat - dapat even aku nak benda tu dari Darjah 6. Tapi tak pulak aku sebut depan mak bapak aku sebab aku fikir benda tu tak penting pun. Sebab kau nak benda tu nak tayang dekat kengkawan, nak tunjuk kau pun hebat jugak. Tapi, lama-lama kau biarkan je benda tu dekat tepi sampai berhabuk. Nak bila bosan gila-gila. Masa gembira , Haram nak sentuh.

"  Hidup macam kompas, 
bila ia tunjuk arah depan, 
teruskan berjalan, 
jangan sesekali kau undur 
ke belakang, biarkan 
kenangan hitam 
tertanam dengan aman"

     Bagi aku, letakkan kejayaan sebagai kompas hidup kalian. Jangan bazirkan dengan percintaan sebab kalian bercinta tak menentukan itu jodoh kalian. Kalian tak bercinta sekalipun Allah dah tetapkan. Doakan saja yang baik untuk jodoh nanti. 

     Maafkan aku jika kata-kata aku mengguris hati kalian. Aku menulis hanya untuk berkongsi sedikit pandangan. Bukan untuk menghina kalian. Aku harap kalian faham dan ambil pengajaran.

P/s: Bukan syok dekat kalian, aku suka tengok keindahan ciptaan Tuhan

Salam Sayang, 

Faris Yahani   

Bagaimana solat anda?

بسم الله الرحمن الرحيم


     Assalamualaikum. Takde perkara yang Faris ingin kongsikan cuma mahu memaparkan kepada pembaca - pembaca semua bahawa bagaimana solat korang. Faris harap apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Apa salahnya jika kita kongsikan kepada orang lain supaya orang lain juga turut mengetahui perkara ini.

    Semakin banyak yang kita kongsi, makin banyak yang bakal kita kecapi. Tambahan pula yang berkaitan solat, jika dengan perkongsian ini dapat memperbetulkan solat mereka, sekurang - kurangnya ada juga pahala sampingan untuk kita.

    Melalui gambar ini, sudahkah anda mengetahui dimana silap anda? Jika tiada Alhamdulillah. Moga sama - sama kita memperbaiki solat kita.

P/s: Solat tersangat penting. Walau senang dan susah, jangan lupa Dia.

Lokasi MH 370 dijumpai di bawah tanah

بسم الله الرحمن الرحيم

Baca semua petikan ini dan jawapan anda akan terjawab.





sumber: twitter.com