Wordless

بسم الله الرحمن الرحيم 



     Keep your feet on the ground when your head's in the clouds. Based on apa yang Faris faham, biar setinggi mana awak terbang, biar sebesar mana kejayaan awak, jangan pernah lupa pada bumi yang sedang awak pijak,. Jangan asyik pandang atas. Jangan bongkak dan riak dengan apa yang awak miliki sekarang. Mungkin tiada pada hari esok. Perkara yang ada hari ini , belum pasti kekal pada masa hadapannya.

      

Datang .. Pergi ..

بسم الله الرحمن الرحيم


     Dalam meneruskan kehidupan, menjadi satu perkara biasa bila berbicara tentang yang datang dan yang pergi. Tak perlu fikir jauh, ambil sahaja contoh kawan kau sendiri.

   Ketika kau senang, kau lihat siapa di sekeliling kau. Apa mereka buat? Cuba kau fikir balik. Ketika kau jatuh, ketika kau susah, berapa banyak kawan yang berada di sekeliling kau? Ramai ke? 

   Mungkin ramai. Namun, sesetengah mereka saya boleh katakan hanya seorang dua sahaja yang hulurkan bantuan. Perkara biasa yang dapat dikatakan jika mereka tak bantu kau.

   Jika sebelum ini kau layan orang macam sampah. Kau tak perlu tanya orang lain kenapa mereka layan kau macam sampah. Kau perlu tanya diri kau sendiri. Jadi, bila kau duduk dekat atas, jangan lupa kawan kau yang tergapai-gapai minta bantuan. 

   Bantu mereka. Tolong mereka. Kau takkan pernah rugi. Percayalah.

P/s: What you give, you get back.