Manusia kita .

بسم الله الرحمن الرحيم



     Bukan ingin menghina , cuma ingin berkongsi sedikit cerita tentang manusia kita. Berbicara tentang manusia , ada yang baik , ada yang jahat. Apa pula hak kita untuk menilai mereka. Semestinya kita bukan Tuhan , bukan Malaikat. Jadi, kita manusia , yang sering buat dosa.

     Manusia, adakalanya mereka ingin berubah. Berubah dari baik ke buruk atau buruk ke baik. Namun, manusia kita , bila nampak je kengkawan diorang nak berhijrah , ada je yang patahkan tengkak diorang nak berubah. Tak perlu cari jauh, tengok sebelah je, kengkadang ada je yang jenis tak puas hati dengan orang lain.

A: Aku rasa better kita tinggalkanlah apa yang kita buat ni. 

B: Kenapa? Best kot.

A: Kau tak takut dosa? Nak ingkar arahan Allah?

B: Dulu kau juga yang ajak aku. Tak payah nak ceramah sangat la. Kau bukan ustaz pun. Bajet alim betul. 

A: Even aku jahat, aku jahil. Aku still Hamba Allah. Apa salahnya kalau aku ubah cara aku. Ikut jalan Allah. Even kau happy buat benda ni. Hati kau takkan tenang. 

B: Kau orang baik kan? Tak perlu kawan ngan aku. Orang hina,keji macam aku je layak buat kerja ni.

     Ya. Manusia kita memang macam ni. Bukan semua, segelintir sahaja. Namun segelintir itu yang mampu menakluki semua masyarakat kita. Bila nampak je yang buat baik .

"Ek eleh, nak tunjuk baik la tuh"
"Bila jadi macam ni, mesti suci kan?"
"Kau ingat kau buat baik, orang tak boleh lupa apa yang kau buat dulu"

     Cuba kita fikir balik, apa salahnya kengkawan kita nak berubah. Jika mereka pergi ke arah kebaikan , mengapa kita tak sertai sekali. Mereka pula yang sibuk sekat mereka. Mengapa ingin bertindak seperti Syaitan? Kenapa nak sekat orang nak buat kebaikan?

    Sekurang - kurangnya, jika tak mampu nak jadi seorang rakan yang baik. Apa salahnya kita menjadi pokok kepada mereka. Kita biarkan jadi batang, biarkan rakan kita berbuat kebajikan sehingga bunganya mekar. Jika daunnya sihat, bunganya mekar pastinya batang pokok itu kukuh. Sekurang - kurangnya , batang pokok juga mendapat manfaat dari kecantikan bunga itu.

    Manusia kita, tak perlu cari kesalahan orang lain. Cari kesalahan kita, tutup kesalahan kita , ubah cara kita. Jangan biar hidup berlalu dengan kenangan yang cukup pahit dan hitam. Usah tunggu lagi, biar banyak mulut yang hina , kita dengan cara kita , berjuang untuk Ilahi hingga mati.

P/s: Tinggal Jahiliah , awak akan menemui kebahagiaan dan ketenangan.