Hati dah sunyi

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati mungkin penat
Asyik menyimpan
Asyik tertekan

Apa saja yang datang
Terkadang susah dilupakan
Meskipun sebesar kuman

Tetap dapat dipendam
Walau gagah melawan
Kalah jua dengan perasaan

Sungguh hairan
Terkadang otak memikirkan
Pun gagal menyelesaikan

Pernah hati disakiti
Tiada siapa ambil peduli
Tiada siapa menghampiri

Mereka pergi
Aku saja di sini
Seorang diri
Bertemankan sepi

Ada peneman
Tidak ku sudi
Kerana mereka sudah mati
Dalam hati ini

Al Fatihah dan Takziah buat hati
Kerana sudah sunyi