Hak

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua benda
Tanpa nama
Ada pemiliknya

Jika ia hak aku
Tetap aku
Tiada siapa perlu mengambilnya

Jika ia bukan aku
Tetap aku mahu
Meski itu hak manusia

Aku tidak kejam
Aku bukan perampas

Cuma perlu kau tahu
Semua punya hak
Semua patut berhak

Memiliki setiap 
Yang diingini

Terkadang perlu diminta
Terkadang lupakan saja

Jangan pernah mencuri
Mereka ada hak tersendiri

Mereka cuma pemilik sementara
Hak Tuhan kekal selamanya
Hak tuhan juga ada

Jika mahu ambilkan saja
Kerana ini hak Tuhan punya