Duhai Jasad

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak perlu aku diingati
Langsung tak perlu

Biarkan saja aku pergi
Tunjukkan terus laluannya

Jasadku
Jika dilelong
Mungkin tiada harganya

Dikasi percuma
Belum tentu
Ada yang terima

Biar hidupku tiada yang rasa
Biar hidupku dibakar saja
Biar hidupku dikelar dunia

Mampu saja aku benarkan
Hati tetap merelakan

Kerana martabat
Kerana maruah

Masih tinggi
Tidak dapat dicuri
Tidak dapat dikecapi
Terlalu sukar dicari ganti