Diam

بسم الله الرحمن الرحيم



Tegak tanpa bicara
Duduk jauh dari sesiapa
Mata enggan dibuka
Riak wajah sudah memapar makna

Diam tak tayang lemah
Hati masih lagi tabah
Jangan dipandang rendah
Diri belum kenal kalah

Sanggup saja duduk diam
Malas berkata yang bukan-bukan
Enggan bercakap yang melalaikan

Dari letak masa di tepi
Biar saja disimpan buat Ilahi
Lagi mahal harga erti

Takkan pernah hadap sunyi
Biar tiada yang menemani
Sudah muak hidup begini
Asyik seorang dan sepi