Manusia kita .

بسم الله الرحمن الرحيم



     Bukan ingin menghina , cuma ingin berkongsi sedikit cerita tentang manusia kita. Berbicara tentang manusia , ada yang baik , ada yang jahat. Apa pula hak kita untuk menilai mereka. Semestinya kita bukan Tuhan , bukan Malaikat. Jadi, kita manusia , yang sering buat dosa.

     Manusia, adakalanya mereka ingin berubah. Berubah dari baik ke buruk atau buruk ke baik. Namun, manusia kita , bila nampak je kengkawan diorang nak berhijrah , ada je yang patahkan tengkak diorang nak berubah. Tak perlu cari jauh, tengok sebelah je, kengkadang ada je yang jenis tak puas hati dengan orang lain.

A: Aku rasa better kita tinggalkanlah apa yang kita buat ni. 

B: Kenapa? Best kot.

A: Kau tak takut dosa? Nak ingkar arahan Allah?

B: Dulu kau juga yang ajak aku. Tak payah nak ceramah sangat la. Kau bukan ustaz pun. Bajet alim betul. 

A: Even aku jahat, aku jahil. Aku still Hamba Allah. Apa salahnya kalau aku ubah cara aku. Ikut jalan Allah. Even kau happy buat benda ni. Hati kau takkan tenang. 

B: Kau orang baik kan? Tak perlu kawan ngan aku. Orang hina,keji macam aku je layak buat kerja ni.

     Ya. Manusia kita memang macam ni. Bukan semua, segelintir sahaja. Namun segelintir itu yang mampu menakluki semua masyarakat kita. Bila nampak je yang buat baik .

"Ek eleh, nak tunjuk baik la tuh"
"Bila jadi macam ni, mesti suci kan?"
"Kau ingat kau buat baik, orang tak boleh lupa apa yang kau buat dulu"

     Cuba kita fikir balik, apa salahnya kengkawan kita nak berubah. Jika mereka pergi ke arah kebaikan , mengapa kita tak sertai sekali. Mereka pula yang sibuk sekat mereka. Mengapa ingin bertindak seperti Syaitan? Kenapa nak sekat orang nak buat kebaikan?

    Sekurang - kurangnya, jika tak mampu nak jadi seorang rakan yang baik. Apa salahnya kita menjadi pokok kepada mereka. Kita biarkan jadi batang, biarkan rakan kita berbuat kebajikan sehingga bunganya mekar. Jika daunnya sihat, bunganya mekar pastinya batang pokok itu kukuh. Sekurang - kurangnya , batang pokok juga mendapat manfaat dari kecantikan bunga itu.

    Manusia kita, tak perlu cari kesalahan orang lain. Cari kesalahan kita, tutup kesalahan kita , ubah cara kita. Jangan biar hidup berlalu dengan kenangan yang cukup pahit dan hitam. Usah tunggu lagi, biar banyak mulut yang hina , kita dengan cara kita , berjuang untuk Ilahi hingga mati.

P/s: Tinggal Jahiliah , awak akan menemui kebahagiaan dan ketenangan.

Segmen Pencarian Bloglist November Tamat

بسم الله الرحمن الرحيم

    Alhamdulillah . Segmen pencarian bloglist ini berjalan dengan lancar. Kat bawah ni ada senarai link blog yang join. Korang boleh la singgah kat blog diorang juga . Maka, segmen ini berakhir serta merta.

  1. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/
  2. http://blogparihh.blogspot.com/
  3. http://nenektanjung.blogspot.com/
  4. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/
  5. http://theonlygirl98.blogspot.com/
  6. http://yuhaadie.blogspot.com/
  7. http://bondaseri.blogspot.com/
  8. http://www.aimisyahirah.com/
  9. http://duniazumal.blogspot.com/
  10. http://cikvitamin.blogspot.com/
  11. http://kasut-rantau.blogspot.com/
  12. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
  13. http://syidamenulis.blogspot.com/
  14. http://coretancikfafa.blogspot.com/
  15. http://leestrawberry.blogspot.com/
  16. http://fiqadira.blogspot.com/
  17. http://norshamimi.blogspot.com/
  18. http://jnjikita.blogspot.com/
  19. http://www.sihatitunikmat.com/
  20. http://mardiahdiana.blogspot.com/
  21. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/
     Tahniah kepada yang sempat join. Yang tak sempat tu In shaa Allah lain kali Faris buat lagi .

Segmen Pencarian Bloglist November

بسم الله الرحمن الرحيم

STICKY POST

Dengan rasminya , Faris memulakan segmen pencarian bloglist November 
untuk menyerikan lagi blog A Writer's Life. 
Syaratnya cukup mudah , sesiapa yang tidak menyertai
tersangatlah rugi kerana sesiapa yang join akan berada di bloglist
A Writer's Life selama 2 Bulan. 

SYARAT - SYARAT :

  1. Follow blog A Writer's Life dan My Territory Arie Fareeha .
  2. Follow Twitter A Writer's Life dan Mazni Fareeha *jika ada*
  3. Follow Instagaram Mazni Fareeha *jika ada*
  4. Buat satu entri berkaitan segmen ini . Anda perlu tag 2 orang supaya lebih meriah.
  5. Tinggalkan Url entri anda di ruangan komen ini.
  6. Bermula dari 14 November hingga 28 November.
  7. Blog anda akan berada di bloglist dari 28 November 2014 - 29 Januari 2015 .
Mudah bukan? Tunggu apa lagi . 
Tak perlu random org . Kalau 50 orang join.
Semuanya berada di bloglist . 


5 Waktu Tidur Yang Dilarang Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

     Mungkin selama ini kita tidur ikut suka je kan. Jadi, Faris ingin kongsi waktu tidur yang Rasulullah larang . Mungkin ada keburukan disebaliknya. Moga , jadi pendoman untuk para pembaca sekalian.


     Jangan sekadar baca . Jadikan amalan.

Hey dunia

بسم الله الرحمن الرحيم


Hey dunia
Bila aku tiada
Jangan pernah kau lupa
Aku juga penetap sementara

Hey dunia
Aku sudah tiada
Sudahkah hilang aku diminda
Memang benar aku tiada harga

P/s: Anggaplah dunia itu ialah orang yang disekeliling kita iaitu kawan atau sebagainya. Terkadang layan kita macam raja bila ada , bila pergi sekejap dah lupa. Dah buat tak kenal. 

Hitam Arang

بسم الله الرحمن الرحيم



Biarkan hitam
Jangan dirapuh
Bila ditendang
Jangan dicontohi arang

Kuatkan saja jiwa
Moga tidak di atas kepala
Berdiri teguh saja

Biar senyum dihakis api
Masih lagi mampu berdiri
Moga api beransur pergi
Asap pula yang mengekori

P/s: Halangan tetap datang. Meskipun tidak diundang. Maka perlu lawan biar menang.

Cooking Time ( KHB Tingkatan 2 )

بسم الله الرحمن الرحيم

     Untuk minggu terakhir ni , Faris dan rakan sekelas menjalankan aktiviti memasak. Kemudian, jamuan akhir tahun turut diadakan serentak . Tanpa disangka , pelbagai ragam pula yang terjadi.Serius have fun masa tu.


   
SONG:

Justice Crew - Que Sera

     Entah pape, bukan? Terima kasih kerana sudi menonton. 


MINTA BERIKAN PENDAPAT TENTANG VIDEO INI . JIKA SUDI




Diam

بسم الله الرحمن الرحيم



Tegak tanpa bicara
Duduk jauh dari sesiapa
Mata enggan dibuka
Riak wajah sudah memapar makna

Diam tak tayang lemah
Hati masih lagi tabah
Jangan dipandang rendah
Diri belum kenal kalah

Sanggup saja duduk diam
Malas berkata yang bukan-bukan
Enggan bercakap yang melalaikan

Dari letak masa di tepi
Biar saja disimpan buat Ilahi
Lagi mahal harga erti

Takkan pernah hadap sunyi
Biar tiada yang menemani
Sudah muak hidup begini
Asyik seorang dan sepi

Lidah

بسم الله الرحمن الرحيم



Lidah
Jangan pernah disangka
Walau tidak pernah berangka
Bisa saja menembus jiwa
Biar mulut tidak berkata

Banyak benar cerita
Biar sering mereka cipta
Mampu saja berbuah semua
Meski tiada puncak utama

Hubungan mampu retak
Biar sering ucapkan 'TIDAK'
Orang ketiga memang berketak-ketak

Lidah sungguh tajam
Bumi saja mudah dibelah
Tika tertawa pun gagah mengekah
Ini pula sedang marah

Lidah
Moga henti menyambar hati
Sudah terbakar dengan kontroversi

Jatuh Bangkit

بسم الله الرحمن الرحيم



Banyak benar duri
Asyik melukai kaki
Mulai mengalir pergi
Darah dari hati

Cuba untuk bangkit
Banyak pula yang diungkit
Biarpun sikit
Tetap juga terpalit

Takkan dibenar jatuh
Jiwa tersangat utuh
Hati sudah kukuh
Mesti ditolak jauh
Cukup sekali terseliuh

Benar.
Tidak pernah dihulur tangan
Saat memerlukan bantuan

Dan biar saja tidak tegak
Terlalu jauh jarak
Hasrat untuk jatuh sudah rosak


P/s: Bila sudah jatuh, biarkan bangkit semula. Jangan beri peluang diri dipijak saja.

Fynn Jamal - Terbang Tunduk

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini lagu kegemaran Faris.
Sangat memberi inspirasi .
Hayati betul - betul.
Fahami setiap ayatnya.
Moga memberi manfaat saat sedang berhibur.


Lirik Lagu Terbang Tunduk – Fynn Jamal

Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang
Tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar dibelakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang
Dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati [3x]

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati [3x]

Hancur Binasa Musuhnya

بسم الله الرحمن الرحيم



Bukan mimpi
Ia realiti
Maka pejam
Dan saksikan

Kenapa perlu ditendang
Kenapa tidak dilayang
Kenapa tidak diterbang

Ia bukan misteri
Kelak mematah tunjang hati
Biar dunia mengkhianati
Biar saja dunia menghirisi

Katanya kuat
Katanya hebat

Mata biarkan buka
Lihat semuanya
Telan saja ludahnya
Biarkan terluka
Tahan pedihnya

Moga mereka faham
Jiwa tidak berdendam
Cuma sakit
Asyik rasa pahit

Lama mana merasa
Benar - benar kecewa

Sakit dihenyak
Penat dipijak

Rindu Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu aku lupa siapa aku
Memang aku pelupa
Terasa macam tak guna

Terlalu banyak benda
Banyak ertinya
Aku lupa
Aku buang semuanya
Aku tak pandang apa isinya
Bagiku busuk belaka

Tak kira
Takku hitungnya
Sampai masa
Ia tiada

Tuhan Hebat
Meski aku penat
Dia sayang aku ketat - ketat
Walau aku jauh tersesat
Dia terima biarpun sesaat
Hatiku tenang bulat - bulat

Dia bawa aku pergi
Jauh dari sini
Hijrahku tak terhenti
Noktah belum tiba lagi

Sungguhku rindu Tuhan
Setiap pemberian
Setiap kecelakaan
Tetap hati dibersihkan

Aku rindu Tuhan
Dakwahku
Kerana Tuhan
Siapa aku hari ini
Aku hargai setiap pemberian
Dari Tuhan

Aku benar - benar
Rindu Tuhan

Hak

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua benda
Tanpa nama
Ada pemiliknya

Jika ia hak aku
Tetap aku
Tiada siapa perlu mengambilnya

Jika ia bukan aku
Tetap aku mahu
Meski itu hak manusia

Aku tidak kejam
Aku bukan perampas

Cuma perlu kau tahu
Semua punya hak
Semua patut berhak

Memiliki setiap 
Yang diingini

Terkadang perlu diminta
Terkadang lupakan saja

Jangan pernah mencuri
Mereka ada hak tersendiri

Mereka cuma pemilik sementara
Hak Tuhan kekal selamanya
Hak tuhan juga ada

Jika mahu ambilkan saja
Kerana ini hak Tuhan punya

Duhai Jasad

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak perlu aku diingati
Langsung tak perlu

Biarkan saja aku pergi
Tunjukkan terus laluannya

Jasadku
Jika dilelong
Mungkin tiada harganya

Dikasi percuma
Belum tentu
Ada yang terima

Biar hidupku tiada yang rasa
Biar hidupku dibakar saja
Biar hidupku dikelar dunia

Mampu saja aku benarkan
Hati tetap merelakan

Kerana martabat
Kerana maruah

Masih tinggi
Tidak dapat dicuri
Tidak dapat dikecapi
Terlalu sukar dicari ganti

A Writer's Life

بسم الله الرحمن الرحيم


Penat hati bersabar
Penat minda berfikir
Penat diri bertahan

Tak ada siapa ambil peduli
Semua angkat kaki pergi
Mereka buat hal sendiri
Langsung tak kisah apa yang jadi

Aku tak seksa diri
Pergi cari mereka yang tak menghargai
Cuma satu yang aku impi
Nanti mati
Jangan ajak aku lagi
Sebab masa , bila dah pergi
Tak dapat nak ganti

Kerana aku dianggap seperti kertas
Ketika perlu merata - rata dicari
Untuk mengukir coretan dakwat
Namun apabila tersilap sedikit
Terus dicampak ke dalam tong sampah

Rosak sekalipun aku
Jijik sekalipun aku
Tong sampah masih menerima
Walau seketika menetap
Untuk melepaskan geram
Namun masih ada lagi teman
Untuk menghulurkan bantuan

Tak kisah dengan apa yang jadi
Yang pasti aku dengan diri ini
Akan berjuang untuk Ilahi

Ini Dunia , Bukan Syurga ( 21 Oktober 2014 )

بسم الله الرحمن الرحيم


Buka mata
Nikmati dunia
Langit tinggi di atas sana
Udara masih dapat dirasa

Syukur kepada-Nya
Masih lagi dapat bernyawa
Dapat bersuka - ria
Dapat tertawa
Belum tiba masa
Nikmati penuh rasa
Nanti ajal tiba

Belum pasti gembira
Sedih atau seksa
Dan yang pastinya
Jika banyak amalan Pahala
Memang akan indah semua
Langsung tak ambil kira

Ketika masih ada
Jangan pernah rasa
Macam tiada penghujungnya
Pastikan diri sedia sepenuhnya
Jangan pernah lupa
Ini dunia , bukan Syurga


STATUS

Dunia bukan santapan
Dunia bukan khayalan
Dunia bukan permainan
Dunia adalah ujian
Untuk menikmati kehidupan
Di tempat yang dijanjikan -payeh

Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم



Ketika aku didepanmu
Bayangkan rupa
Cerita kita berdua
Detik dah berlalu

Penat saat tertawa
Diam saat kecewa
Lupa saat bahagia
Cerita kita berdua

- FL2

Hati dah sunyi

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati mungkin penat
Asyik menyimpan
Asyik tertekan

Apa saja yang datang
Terkadang susah dilupakan
Meskipun sebesar kuman

Tetap dapat dipendam
Walau gagah melawan
Kalah jua dengan perasaan

Sungguh hairan
Terkadang otak memikirkan
Pun gagal menyelesaikan

Pernah hati disakiti
Tiada siapa ambil peduli
Tiada siapa menghampiri

Mereka pergi
Aku saja di sini
Seorang diri
Bertemankan sepi

Ada peneman
Tidak ku sudi
Kerana mereka sudah mati
Dalam hati ini

Al Fatihah dan Takziah buat hati
Kerana sudah sunyi

Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم



Layan manusia
Sampai puncak dunia
Masih tak menang kita
Asyik dia yang berkuasa

Ya
Belajar sejuta adab sopan
Langsung tak bagi jaminan
Kalau tak pernah amalkan

Life quotes

بسم الله الرحمن الرحيم



     Untuk hari ini , Faris terasa ingin berkongsi sedikit ayat - ayat menarik . Ayat - ayat ini mampu membuka mata sesetengah pembaca dengan memberikan sedikit inspirasi untuk meneruskan kehidupan . 

  1. The most important thing is to enjoy your life - to be happy - it's all that matters. 
  2. Life is a dream for the wise, a game for the fool, a comedy for the rich, a tragedy for the poor.
  3. Life is really simple, but we insist on making it complicated.
  4. We do not remember days, we remember moments.
  5. The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride, and nothing is guaranteed.
  6. Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you're living?
  7. The privilege of a lifetime is being who you are.
  8. A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life.
  9. Everyone should smile. Life really isn’t that serious. We make it hard. The sun rises. The sun sets. We just tend to complicate the process.
  10. Your life is your message to the world. Make sure it is inspiring.
  11. Our life always expresses the result of our dominant thoughts.
  12. Life is either a daring adventure or nothing at all.
  13. No matter how good of a woman you are, you will never be good enough to a man who isn’t ready.
  14. Good times become good memories and bad times become good lessons.
  15. A great attitude becomes a great day which becomes a great month which becomes a great year which becomes a great life.
  16. No matter how good of a woman you are, you will never be good enough to a man who isn’t ready.

Header and Footer *change*

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum


Selepas



Amacam? Ok tak.. 

Footer


Yang sebelum tu lupa nak save.
Boleh korang tolong sumbangkan pendapat?
Terima Kasih .

A moment

بسم الله الرحمن الرحيم


     Tired of everything. You will never know the true value of a moment until it becomes a memory . Appreciate everymoment comes to us.

    Kadang - kadang , ia menjadi satu kegembiraan dimana membuatkan hati menjadi gembira dan tenang. Namun, ia juga menjadi satu kesedihan dimana menjadikan kita tertekan dan sengsara. Persoalan, adakah kita menghargai kenangan tersebut?

    Hidup ini terlalu singkat dan sekejap untuk menghargai. 
Hidup ini terlalu kejam untuk dinikmati. 
Hidup ini terlalu menyeksakan untuk mengingati.

    Menikmati sesebuah kenangan mungkin tidak bermakna bagi seseorang. Satu hari nanti, kenangan itu akan hadir kembali dan kita akan tahu apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita melalui mesej - mesej kenangan tersebut.

    Menunggu untuk kenangan yang indah mungkin akan hadir atau mungkin tidak akan pernah hadir. Kita perlu mencipta kenangan yang indah itu melalui perkara yang mampu membawa kita ke Syurga. Kita juga perlu ambil kenangan itu memperbetulkan apa yang salah dan menyempurnakannya.

    Begin doing what you want to do now. We are not living in eternity. We have only this moment , sparkling like a star in our hand and melting like a snowflake .

P/s: Kenangan yang indah itu tidak pernah dapat dirakam melalui kamera.

Jatuh Bangun Kehidupan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Not too special for me.
Yeah , sometimes it hurts me.
Sometimes it kills me.
Sometimes it puts me down.
Life is not wonderful for me.
( not the writer )


"Hidup ini cukup membosankan , lebih baik aku mati"

"Aku sering menerima sisa-sisa kehidupan 
di samping orang lain sedang menikmati keenakannya"

"Hidup aku macam tong sampah.
Well , buruk , busuk dan takde nilai"

     Bicara tentang kehidupan. Kadang - kadang seseorang itu seperti sampah , takde siapa yang peduli tentang kehidupan. Namun, ada juga insan yang berhati mulia mengutip dan meletakkannya di tempat yang lebih elok iaitu ke dalam tong sampah . 

    Dalam setiap kehidupan , susah atau senang , pasti ada orang yang menghulurkan bantuan . Hidup mesti diteruskan meskipun keadaannya amat pedih . Hidup adalah sebuah perjalanan yang perlu diteruskan. Jangan pernah berhenti jika belum sampai ke destinasi.

     Allah telah merancang yang terbaik meskipun kita tidak sedar. Kadang - kadang , di dalam kesusahan sebuah keluarga dalam meneruskan kehidupan , Allah memberikan mereka sebuah kebahagiaan yang orang lain tidak dapat menikmati .

    Kebahagiaan dan kesenangan terlalu mahal untuk dijual beli. Kebahagiaan yang Allah beri kepada mereka yang terpilih ada sebabnya . Kesulitan yang Allah beri juga ada sebabnya . Kita ada akal bukan? Jadi, gunakan sebaik-baiknya untuk menggunakan pemberian Allah tersebut.

    Kesabaran dan keikhlasan dalam meneruskan kehidupan amat penting. Ini kerana susah di dunia belum pasti susah di Akhirat. Di dunia , susah sekalipun Allah masih ada . Kaya bukan tanda mulia , miskin bukan tanda hina.

Hati mesti kuat untuk dicincang dunia
meskipun diri sudah penat merasa
baik buruk rupa Allah tak kira
yang penting amalan semasa di dunia

Wordless Wednesday : LIfe

بسم الله الرحمن الرحيم


     Hidup . Ada yang jatuh ada yang bangkit. Ada yang berjaya ada yang gagal . Ada yang kecewa ada yang gembira . That's all called life. 

     Kita diibaratkan seperti orang yang ditengah - tengah . Allah merancang apa yang akan berlaku. Kita yang hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan . 

     Belajar daripada kesilapan kadang - kadang dapat mengubah kehidupan kita . Kadang - kadang belajar daripada kesilapan membawa kepada keruntuhan masa depan . 

     Jadi , lakukan yang terbaik dalam meneruskan kehidupan . Ingat bahawa Allah sedang memerhati dan Jahiliah dapat diatasi . Wallahua'lam .