Pendosa Tanpa Noktah

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku manusia biasa
Biasalah . . . lalai pada dunia
Fitrah sebagai seorang manusia
Tidak henti melakukan dosa .

Aku bukannya tak bersujud pada-Nya
Cuma , kadang-kadang aku terleka
Tapi aku berusaha untuk mengelaknya
Malangnya , hanya kadang-kadang aku berjaya .

Hidup di dunia bukan selamanya
Hanya menetap sekejap sahaja
Tetapi kenapa kita tidak menghiraukannya ?
Adakah lupa tujuan utama di dunia ?

Setiap hari pasti kita lupa
Untuk bersyukur pada yang Maha Esa
Bukankah sudah kita dicerita
Bahawa rezeki itu milik-Nya .

Siapa tak mahu berjaya
Popular satu dunia , dikenali semua
Ingat , semua itu pinjaman sahaja
Bila-bila sahaja Allah boleh ambil semula .

Buat salah perkara biasa
Memang kita manusia tak sempurna
Kenapa tidak memaafkan sahaja
Kerana insan itu insan bahagia .

Setiap hamba pernah mencipta dosa
Kecuali Rasulullah SAW bersih semua
Sementara pintu Taubat masih terbuka
Jom sama-sama bertaubat pada yang Maha Esa .

1 comment

Post a Comment