Kelebihan Alexa Rank Untuk Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

 Anda tahu mengenai Alexa Rank? Jika belum, anda perlu tahu dan anda perlu ambil kisah mengenai kedudukan Alexa Rank blog anda. Ia adalah antara cara mudah untuk anda 'menjual' blog anda kepada mereka yang mementingkan kedudukan trafik blog anda.

Alexa telah digunakan sejak sekian lama untuk memberikan penarafan kepada laman-laman web termasuklah blog dalam dunia internet. Apa yang dilakukan oleh Alexa ialah memberikan satu bentuk pengiktirafan untuk laman-laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Keupayaan Alexa mengukur tanda aras trafik sesuatu laman web memang tidak disangkal lagi. Kalau mahu blog anda diberikan satu penarafan yang boleh diterima seluruh dunia, maka pastikan blog anda sudah berada di dalam ranking Alexa.

Kelebihan Alexa Rank Untuk Blogger

Mengapa ia penting? Ini adalah kerana ia membolehkan blog anda menjana pendapatan. Menerusi Alexa, para pengiklan dunia maya akan memerhatikan akan keupayaan blog anda. Bukan setakat seminggu, atau sebulan, tetapi Alexa boleh memberikan informasi mengenai trafik blog anda sehingga sejak mula blog anda diberikan penarafan Alexa.

Jika blog anda punyai kedudukan Alexa yang baik, ini bermakna peluang cerah untuk blog anda menjadi buruan para pengiklan - walaupun ada ciri-ciri lain yang dilihat - seperti niche blog dan sebagainya.

Dengan Alexa juga, anda boleh gunakan untuk menjaja blog anda kepada pengiklan. Jika mereka tak datang kepada anda, maka anda patut datang kepada mereka - sebab bukan semua mereka tu tahu mengenai kedudukan trafik laman web dan blog di dunia ni - termasuklah di Malaysia.

Alexa Adalah Trafik

Alexa adalah berkaitan trafik, bukan jumlah LIKE, bukan jumlah follower, bukan juga kerana anda seorang blogger kacak dan cun. Ia juga bukan soal SEO blog anda, kerana trafik sesebuah blog boleh datang dari pelbagai sumber, ia merangkumi semua.

Jadi, andaikata blog anda berada di dalam senarai Alexa (ranking), maka bolehlah anda rasa teruja dan sedikit berbangga dengan pencapaian blog anda kerana mampu berada di dalam kedudukan sama baik, sama hebat dengan laman-laman web lain ... bukan setakat di Malaysia, malah di dunia.

Jika anda belum memasukkan blog anda dalam ranking Alexa, maka lakukan sekarang, dan daftar secara percuma untuk membolehkan blog anda diberikan penarafan yang sepatutnya.


UNTUK KE ALEXA TEKAN SINI .

1 comment

Ty for sharing. ^_^ ana lebih suka biase2 je. Tak perlu jd kan blog kite tip top.

Post a Comment