Bersabar Andai Ditimpa Musibah .

بسم الله الرحمن الرحيم


     Ujian yang datang dari Allah memang kita tidak jangka . Tetapi kita harus ingat bahawa Allah tidak menguji hambanya lebh dari kemampuannya . Jadi , jika Allah beri ujian ini kepada kita , ini bermakna kita mampu melaluinya . 
     Sesetengah orang merungut kerana Allah memberi ujian yang berat kepadanya . Jangan pernah kita terdetik seperti itu , Allah beri ujian kepada kita kerana Dia sayang kepada kita . 

BILA DIUJI .. SABAR DAN BERDOALAH KERANA IANYA JALAN KE SYURGA 

     Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang dari Allah . Tidak pernah sekalipun ujian datang untuk menjauhkan kita dari Allah . Bahkan , untuk mengingatkan manusia kepada Sang Pencipta .

"Kenapalah sering aku hadapi ujian begini , lebih baik aku mati sajelah"

"Lepas satu - satu masalah yang datang , apalah yang dah aku lakukan"

     Dialog seperti ini yang pernah kita dengar bukan? Kenapa harus mereka mengalah? Kenapa harus mereka putus asa? Bukankah lebih baik kita bersyukur atas ujian yang menimpa kita? Jika anda pernah merungut seperti ini , janganlah ulangi selepas ini . Kerana , orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati .

"Ya Allah , jika ini ujian darimu , aku sanggup tetapi bukakanlah hatiku untuk redha menerimanya"

"Ya Allah , aku pernah memohon doa untuk meningkatkan tahap imanku , jika ini ujiannya , aku redha melaluinya "

     Bukankah ini dialog yang lebih baik . Kita kena tahu , Allah tahu kita letih . Allah tahu kita tak cukup kuat . Allah tahu kita lemah tetapi kita juga kena tahu bahawa Allah bersama orang - orang yang sabar . 

....maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)....[ 12:18]
P/s: Tabahlah dirimu disaat terluka kerana ujian itu adalah anugerah terindah darinya . 

2 comments

12:32 pm

Nice sharing :)

11:23 am

Sabar je hadapi dugaan hidup :)

Post a Comment