Kemarahan dan Cara Mengatasinya .

بسم الله الرحمن الرحيم

     Perasaan marah sememangnya wujud pada setiap insan di bumi ini . Terpulang pada kita sama ada dapat mengawalnya atau tidak . Hal ini demikian kerana marah itu dari syaitan . Sesiapa yang marah pasti akan mudah melakukan perkara yang di luar kawalan . Dirinya dikuasai oleh syaitan . Oleh itu , seseorang yang sedang marah kepada orang lain perlu memperbanyakkan istigfar dan bersabar . 

     Menurut kamus dewan edisi ke-4 , marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka . Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya . Begitu juga jika negara diceroboh , kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya . Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan. 

    Kerana marah dan dendam kepada Adam membuatkannya ke neraka. Allah memintanya memohon maaf kepada Adam sebagai syarat. Dengan angkuh iblis menjawab, kalau masa hidupnya aku tidak taat apa lagi selepas matinya Adam.

     Marah akan menghalang seseorang ke syurga .Sahabat Nabi pernah bertanya, Ya Rasulullah, tunjukkan aku satu jalan yang membawaku ke syurga. Orang yang dapat masuk syurga ialah orang yang dapat mengawal hawa nafsunya itulah kekuatan yang sebenarnya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: manusia yang gagah bukannya tunjuk kuat dalam pergaduhan tetapi yang paling gagah bila boleh mengawal marahnya . 

     CARA MENGATASI PERASAAN MARAH
     
  • Banyakkan minum air kosong . 
HAL INI DEMIKIAN KERANA AIR BOLEH MENENANGKAN DAN MENYEJUKKAN . SYAITAN DIJADIKAN DENGAN API , MAKA SIRAMLAH API DI DALAM BADAN DENGAN AIR . JANGAN LUPA MEMBACA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM KETIKA HENDAK MINUM . JIKA ANDA INGIN MENGAMBIL WUDU' ADALAH LEBIH BAIK . MOHONLAH KEPADA ALLAH SUPAYA API YANG BERADA DI DALAM BADAN ITU SEMAKIN KECIL SETERUSNYA LENYAP AGAR EMOSI TERSEBUT HILANG .

  • Memakai wangian setiap masa .
WANGIKAN TUBUH DAN TEMPAT PERSEKITARAN ANDA . KEWANGIAN MEMBOLEHKAN EMOSI MARAH MENJADI STABIL MANAKALA BAU BUSUK PULA BOLEH MENYEBABKAN KEMARAHAN BOLEH MENINGKAT . WANGIAN MEMANGLAH BUKAN APA - APA TETAPI WANGIAN MAMPU MERANSANG DIRI UNTUK LEBIH TENANG DAN BIJAKSANA .

  • Amalkan teknik "PAUSE"
PERNAHKAN ANDA DENGAR TEKNIK INI? JIKA TIDAK , PASTIKAN ANDA MEMBACA TEKNIK INI DI SINI . KONSEP PAUSE AKAN MENYEBABKAN KITA MENJADI LEBIH BERSABAR DAN RASIONAL . OLEH ITU , KONSEP PAUSE BOLEH MENJADIKAN KITA INSAN YANG BERWAWASAN TINGGI .

  • Doa untuk mengawal perasaan marah . 





P/s:Marah boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah dan menyebabkan Iman kita menjadi lemah.

Kasih Sayang Allah SWT Pada Hambanya

بسم الله الرحمن الرحيم

     Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

“Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?”.
“Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?”

     Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain. Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; “Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?”

     InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat  kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.



     Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

     Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.
Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

     Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

...... kerana dia cinta HATI saya .

بسم الله الرحمن الرحيم



     Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur? Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu. Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.
      Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut. Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga. Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain ( persepsi ), suka menjerit ( saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik ),  suka membazir,  suka menunjuk-nunjuk,  suka mengumpat menantu,  suka bersolek dan sebagainya.
     Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun. Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri. Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu. Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya. Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.
       Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

     Dia Mazmon Binti Daud . Dia permaisuri saya kerana dia cinta hati saya :)

PESANAN IMAM GHAZALI TENTANG KAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم



1. Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

2. Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

3. Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

4. Pilih kawan yang besederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5. Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

CREDIT : DUNIA BTR

Pandai Tabur Janji . Sukar Untuk Tepati . Mudah Untuk Mungkiri

بسم الله الرحمن الرحيم


     Janji ! Memang sentiasa keluar dari mulut kita . Dan yang pasti , bukan semua kita tepati . Janji juga mempunyai maknanya . Janji ialah sebuah hutang yang kita ucapkan kepada seseorang atau diri sendiri yang pada dasarnya janji/hutang haruslah di tepati atau di bayar .

     Sedangkan hutang perlu dibayar walau tidak dituntut . Apatah lagi janji . Janji perlu ditepati walaupun tidak seseorang itu mengingatinya . Saya , Awak , Mereka pernah melalui perkara ini . Bukan dulu , sekarang pun masih dijanjikan dengan janji palsu sahaja . 

     Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula-gula yang lebih manis dari racun. 


CERITA TENTANG JANJI YANG AKU HADAPI .

     Hari ini ( Rabu , 21 Mei 2014 ) , aku menanti kehadiran seseorang yang berjanji untuk membawaku ke tempat di mana kami akan menyambut Hari Lahir kawanku di Dewan Badminton . Apa menyedihkan lagi , duit diminta dari hari Ahad lagi . Kalau Rm1 tak apa lagi . Yang nak marah, kutip duit banyak dan berjanji untuk mengambilku ke sana .

    Setiap hari , memang akan dia mengatakan begitu . Aku hanya berkata 'YA' kerana aku tidak mahu bersangka buruk . Aku mengingatkan dia pada hari ini sebelum pulang ke sekolah. Dan yang pasti , dia berjanji seperti hari AHAD,ISNIN,SELASA yang lalu .

DIA :"Jangan risau , aku pergi petang ini , tetapi aku perlu pegi ke bandar dahulu"

AKU :"OK "

     Petang ini , pukul 2:30 tadi aku terlelap seketika . Pada pukul 3;30 , aku terus tersedar dari tidur dan aku pergi mandi . Solat Zohor dan bersiap untuk ke majlis itu . Tunggu! Tunggu! Tunggu! Tak sampai - sampai . Aku terus telefon kawanku yang lain untuk mendapatkan kepastian .!

Aku :"Hallo, mana ***? Dah lama aku tunggu ni"

Sarah :"Hallo, dia pergi bandar sekejap . Tunggu dulu"

Aku :"OK"

     Untuk mengisi masa senggang ini, aku menaip di blog sekejap . Siap satu entri . Pukul 5:15 , aku telefon lagi untuk kali kedua . Memang pelik . Lama pula ke bandar! Dah betul - betul naik bengang . Ada kawan bangang , pandai tabur janji , tak pandai nak kota . Duit aku dia makan , memang setan! Aku kenal kau kawan . Lepas ni , aku perlu berhati - hati dengan kau. MANUSIA JANJI PALSU ...

Aku :"Hallo, mana ***? Aku dah penat tunggu. 

Sarah:" Kitorang dah HAVE FUN! 

Aku :"TAk payah ambil akula . BErjanji bukan main baik . 

     Aku memang tak dapat kawal perasaan aku ketika itu . Memang rasa nak marah . Tak Apa aku redha diorang buat macam ini . Aku bukan boneka untuk mudah disakiti . Aku tahu ALLAH akan balasa balik apa yang dilakukan . Semua sama je . Aku bukan jenis balas dendam . Aku terima seadanya . Tetapi , ingin merawat ape yang diorang buat dekat aku memang susah . Aku memang sakit. Tak tahan! Pedih! 

     Setakat hari ini , lepas ini aku tak akan pergi mane - mane majlis seperti ini . Aku dan bosan dengan janji palsu . Kata sampai dekat dewan terus nak ambil aku . Bukan nak ambil , terus enjoy. Makan makanan berkaitan dengan duit aku . Ingat HALAL! Cakap bohong macam tu sekadar ingin pertolongan orang lain!

    Aku ingin bagitahu sesuatu , cukuplah berjanji kalau tidak pandai untuk tepati kerana kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan. 


Minta Maaf Dan Memaafkan .

بسم الله الرحمن الرحيم

     Manusia memiliki kesalahan dalam menjalani kehidupan kerana kita bukannya maksum. Oleh kerana ketidak sempurnaan inilah kita membuat kesalahan dan seharusnya meminta maaf atau dalam keadaan “memaafkan” jika orang lain yang bersalah.

     Kita sering di dalam keadaan meminta maaf dan kadang-kadang kita merasa seseorang bersalah kepada kita, maka kita di posisi “memaafkan”. Cuba anda kira berapa sering anda di dalam posisi memaafkan? Dalam sehari, seminggu atau sebulan? Pasti sangat banyak dan itu menandakan ketidaksempurnaan manusia sebagai peribadi yg diciptakan bukan menciptakan.

     Sekarang, dunia menjadi lebih bersifat keakuan dan semakin berprinsip “hidupmu adalah masalahmu, hidupku adalah masalahku” sering orang berkata “ini hidupku, suka hati aku la nak buat apa..”“kubur asing-asing” dan sebagainya.


     Orang yang berada di posisi bersalah tetapi sangat sukar untuk “meminta maaf” tapi orang dalam keadaan benar pun susah untuk memberi maaf.




     Meminta maaf bererti merendahkan diri kepada orang lain yang ditinggikan, kerana kita memerlukan sesuatu dari dirinya, dan itu jelas sangat sukar dilakukan oleh manusia tentunya kerana bersifat “ego” kerana “ego” itulah manusia sukar untuk turun ke bawah dan meminta sesuatu kepada orang lain, terutama meminta maaf kepada orang lain.

     Padahal cara meminta maaf lebih mudah daripada makan, cara meminta maaf hanya dengan satu perkataan “sorry” atau dengan dua patah perkataan – “Minta Maaf” tapi kita susah mengatakan satu perkataan itu, dan penyebab utamanya adalah ego yang menjadi sifat utama manusia, dan sangat sukar untuk mengalahkan ego. Sebab itulah ada pepatah yang menyeebut“musuh terbesar dalam hidupmu adalah dirimu sendiri”

     Kemudian yang kedua inilah adalah bagaimana jika kita memaafkan orang? Mengapa ini juga sukar? Memaafkan orang lain, hanya memerlukan sedikit tenaga dan usaha untuk mengatakan dua huruf iaitu “ok” kerana kadang-kadang jika seseorang meminta maaf pada kita, kita tidak memaafkannya, padahal hanya dengan 2 huruf “ok” atau “ya” tetapi kita sangat sukar melakukannya, kalau difikir-fikir lagi lebih jauh, manusia itu hebat, memiliki macam-macam kemampuan dan memiliki banyak keunikan, tapi untuk berkata 2 huruf sahaja menjadi amat sukar sekali.

     Punca utamanya adalah kerana kita sebagai manusia memiliki kedudukan dan ego, kita selalu susah mengangkat darjat orang lain yang membuat salah kepada kita. Kita sering berkata didalam otak “senangnya kau cakap “minta maaf” hei,kamu bersalah..aku tidak akan memaafkan mu begitu saja!!” dan itu kerana manusia yang tidak sempurna ini tidak mahu ada orang yang menyamainya dan selalu terus ingin menjadi yang teratas dan yang terbaik, dan ketika orang meminta maaf pada dirinya itulah kepuasan peribadi, kerana dia merasa di atas dan merasa nikmat di posisi seperti itu.

     Itulah penyebab utama sukar untuk berkata 1 atau 2 perkataan tersebut.

     Oleh kerana “musuh terbesar dalam hidup adalah dirimu sendiri” itulah penyebab utama dari semua kesalahan didalam diri manusia. Kesimpulannya manusia susah memaafkan dan dimaafkan maka marilah kita selalu bermuhasabah, jaga diri dan peribadi supaya meminimumkan membuat kesalahan kepada orang lain kerana mulut kita berat untuk meminta maaf.

Credit : Smile Myfta

Kecewa Mulai Meresap Di Jiwa Kecilku .

بسم الله الرحمن الرحيم


     Hujan turun renyai - renyai membasahi bumi . Entah mengapa merasa seperti air mata ingin turun seperti air hujan ini . Sedih . Kecewa . Semua ada . Harapan yang ditaruh setinggi langit hancur berkecai seperti gelas kaca yang terhempas ke batu . Aku sudah buntu untuk memikirkan masalah ini . Usaha untuk memperoleh 9A masih sasa dan kukuh ketika menduduki peperiksaan pertengahan tahun baru - baru ini .

     Harapan ini musnah ketika aku mendapat kertas peperiksaan BAHASA ARAB yang hanya memperoleh 69% . Lidah aku seperti dihempap batu yang besar kerana terkejut melihat markah yang cukup - cukup makan sahaja . Namun , aku masih menaruh harapan . Mencapai 9A mungkin bukan rezeki ku lagi . 

     Hari ini , aku dikejutkan lagi dengan kertas peperiksaan BAHASA INGGERIS yang hanya mendapat sedikit juga . Dan yang pasti 73% . Belum dipastikan lagi . Aku mulai memikirkan perasaan ibu bapaku kerana mereka ingin melihat aku menggapai 9A atau 8A . Tapi , ini yang mampu aku bawa pulang . 

     Yang masih dinanti , kertas peperiksaan BAHASA MELAYU dan PENDIDIKAN ISLAM . Semakin kemuncak debaran jantungku untuk melihat markah ini . Prestasiku mungkin turut terjejas . Apa yang sudah berlaku pada aku? Masih bingung untuk memikirkan masalah ini , memikirkan masalah aku bersama guruku dan masalah aku dengan peribadiku ini . Sudah terhenti pemikiran ku untuk memikirkan jalan penyelesaiannya . 

MENURUT PENCERAMAH :

KETIKA MASALAH DATANG 
ALLAH TIDAK MEMINTA KITA 
UNTUK MEMIKIRKAN JALAN 
KELUAR SEHINGGA PENAT . 
ALLAH SWT HANYA MINTA 
KITA SABAR DAN SOLAT . 

     Aku bergantung pada ayat ini . Aku hanya redha dengan semua ini . Ini yang aku buat , ini yang aku peroleh . Mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran aku dengan cara ini . Aku faham . Aku terima seadanya . Abangku juga pernah berkata :

JANGAN MENARUH HARAPAN
TERLALU TINGGI .
NANTI KECEWA

    Aku menanti sahaja kehadiran ini . Jika Allah mengizinkan usaha aku selama ini . Takkan kemana . Walau aku memaparkan wajah yang terukir senyuman tetapi hatiku masih lagi terluka . 


Best Moments :)

بسم الله الرحمن الرحيم


     Minggu lepas semangat gile nak bace sajak . Dah boleh bace ambik kau berdebar la pulak . Tapi , kurang sedikit . Aku harap ape yang aku bace tentang sajak tu sampai kepada target yang aku mahu . Aku bukan berani sangat bace depan orang ramai . Haha . Tak sangkekan , cikgu yang aku harap ade jugak . Hehe . Poem tak laa panjang sangat . Aku je mengade - mengade pergi tambah . Haha . Aku bace dah laa penat . Banyak pulak komen diorang ni. Menyampah betol . Kalau nak suruh diorang bace , sepatah pom belum tentu .  

( TADI PUNYA DIALOG )
AMY :" Faris , kau bace ape ? Tak faham laa "

PAYEH :" Aku bace sajak la . "

AMY :" Tak dengar pun "

PAYEH :" Aku selesema , suara perlahan , mungkin tak jelas "

AMY :" Kalau orang depan pun tak dengar , orang belakang ape pun tak dengar , haha "

     Aku pun tak tahan malu . BAce dah confident gile . Dah banyak komen dari kelas sendiri , kelas lain tak tahu laa ape lagi . haha . Yang penting , job aku dah habiss . Haha .. Hari ni aku enjoy sesangat . Banyak kenangan terukir harini . Sape yang sangke kan . 

    Yang lain tu sape sangke , dah tertuliskan . Haha . Ape yang aku dapat kongsikan harini yang paling indah pernah aku rase ketika aku tumpang pulang ke rumah menaiki kereta kawan aku . Ketika depan rumah jiran aku kira - kira selang 5 rumah . Ketika itu , aku boleh rasekan bahawa kereta yang berada di hadapan aku tu kereta TEDDY BEAR (SOMEONE SPECIAL) . Hati aku dah mulai berbunga riang . 

     Tak boleh nak cakap ape- ape . Haha . GAtal betol . Then , aku pun tengok muka dia . YA ALLAH , comel gile . Allah saje yang tahu . Ketika itu , dia bercakap dengan ibunya yang memandu kereta sambil melihat muka aku . Senyumannye begitu ayu terukir di wajahnya . Aku lihat pade wajahnye . Aku pun balas balik dengan senyuman malu . Haha . 

    Tak sangke best moment macam ni terjadi . Lain kali  boleh laa guna laluan yang same nak dapat best moment pulak . Haha . Tak sedar diri betol . Setakat ni sahaje dapat dikongsi . 
Penuhi hari anda dengan senyuman . Selain sedekah , jiwa pun tenang . :)

Keta Kenaling .

بسم الله الرحمن الرحيم 


Sudah 3 bulan masa berlalu .
Keadaan masih lagi begini .
Tegur pun tidak .
Pandang pun tidak .

Jiwaku semakin rungsing .
Ingin mendeklemasikan sajak buatnya .
Sudah tiada cara .
Ini sahaja peluangnya .

Esok hari penentu .
Sama ada dia memaafkan aku mahupun tidak.
Dengan iringan doa , moga Allah makbulkannya .

Dengan harapan , moga dia melihat persembahanku esok .
Sempena hari guru yang bakal berlangsung pada hari Khamis ini .

 My Fake Smile Is My Bestfriend .