Aku Dah PENAT Berdoa !

بسم الله الرحمن الرحيم



Siapa yang tidak pernah rasa sedih? 
Siapa yang tidak pernah kecewa?

 Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. 
Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. 
Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.

Kecewa?

Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan 
tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. 
Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

“Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!”

Putus asa?

Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. 
Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. 
Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. 
Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. 
Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, 
dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.

Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran: 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? 
Kecewa itu fitrah perasaan. 
Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita 
berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?
Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. 
Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. 

Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. 
Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini 
tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. 
Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? 
Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? 
Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. 
Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? 
Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. 
Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. J
angan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. 
Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan 
hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang 
membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan 
keyakinan hati kita dalam mengimani qada’ dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan 
kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: ayat 139)


Wallahu’alam.

Sayangi Diri Anda GiveAway

بسم الله الرحمن الرحيم


Nama GiveAway Yang Menarik :)

Jemput Join . 

Klik Banner Untuk Sertai . 


Hadiah-hadiahnya...

Top referral 

  •  1 box doube stemcell ~equal to RM250
Random selection
  • 4 sachet double stemcell x 2 ~ equal to RM 72 each winner

Hati Tidak Tenteram Dan Tertekan

بسم الله الرحمن الرحيم




Soalan
Persoalannya ustazkenapa hati tidak tenteram dan rasa tertekan

Jawapan
JIKA ada alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan imantentulah alat itu bernama 'hati'. 
Allah menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagaipusat kawalan bagi anggota badan manusia.

Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya 
sendiri. Jika gelisah, sedih dan putus asamenguasai diri, dia akan 
bertanya kepada hati apakah sebabnya?

Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalanakal diguna sambil hati 
memandu cuba merungkaikan penyebab kesedihan itu
Akhirnya,ditemukan jawapan empat punca iaitu kesedihankemurungan
gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu:


  • Suka membuang masa
Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga,
 tetapi apabila terlalu berlebihan ia bahkan boleh membunuh.
Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagianSatu untuk Allah , kedua bagi dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dantubuh badannya. 
Ketiga untuk keluarga dan umatnya.
Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran
Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar
daripada pergaulanBerkawan rapat dengan orang yang suka membaca 
boleh mempengaruhi minat kita kepada bukuBegitu juga apabila sukai
ktikaf di masjid mendengar syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.
Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini
jalan yang baik atau burukKawan yang jahil atau solehkeadaan yangmengingatkan 
kita pada Allah atau melupakannya.
Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan
sedih dan tertekanSeorang mukmin yang benar imannya 
sentiasa berada dalam keadaan jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan 
pengorbanan untuk memenangi pertarunganmelawan iblis dan syaitan.

  • Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu
Ada orang yang apabila melihat ke atas dia berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannyaLebih berjayakaya,berpangkat
cantik dan bergayaRisau dan tertekan bersarang di hati
ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.
Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang 
berada di bawah andaBukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untukdimakan pada hari iniRumah mereka musnah oleh 
banjiranak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana 
tembusan pelurukehancuranbangsa dan negara oleh kekejaman 
perang.Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang 
yang tersayangmengapa risau jika harta kitadilindungi Allah jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah telah 
memberi jumlah yang banyak tidak terhitung?
Sejak dari rahim ibu lagi rezeki telah dikurniakan kepada kitaS
udikah kita jika seseorang mahu menukar kedua-dua matakaki dan tangandengan wang berjuta
Tentu ia lebih berharga daripada wang. 
Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya 
sedikit manusiayang mahu bersyukur.

  • Kesedihan kerana melupakan Allah 
  Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? 

Dalam surah al-Hasyrayat 19 Allah berfirman yang maksudnya:Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah . Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik."

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

Orang yang melupakan Allah mempunyai ciri seperti berikut:
  • Harinya dilalui tanpa ibadat.
  • Lupa berzikir.
  • Mengabaikan sembahyang
  • Tidak membaca ayat al-Quran.
  • Menjauhi ilmu.
  • Meninggalkan amal soleh.
Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. 
Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata hidup makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah , dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."(Surah Al-A'raf, ayat 179)

Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, semua Itu bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan.
Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.