Berbuat Baiklah Kepada Sesiapa Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebagai mana yang telah kita ketahui , akhlak yang baik itu adalah kebahagian 
tersendiri sedangkan akhlak yang buruk itu adalah petaka dan bencana . 

Dalam sebuah hadis pun telah disebutkan iaitu Dan sesungguhnya akhlak 
yang baik itu dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat orang y
ang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan qiamullail .

Allah SWT berfirman iaitu Dan sesungguhnya kamu Muhammad SAW 
benar- baner berbudi pekerti yang agung . 
Surah Al - Qalam Ayat 4 .

Dan firman yang seterusnya ialah Disebabkan oleh Allahlah kamu berlaku 
lemah - lembut terhadap mereka , jika kamu bersikap 
keras lagi berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu .
Surah Ali - Imran Ayat 159 .

Ummul Mu'minin Aisyah Binti Abu Bakar Ash Shidiq Radiallahu Anhuma
menjelaskan sifat Rasulullah SAW ialah seperti Al Quran .

Sesesungguhnya akhlak yang baik dan hati yang lapang merupakan nikmat dunia dan
kebahagiaan di kemudian hari baik sesiapa sahaja yang Allah
kehendaki untuk menjadi baik . 
Sedangkan emosi yang berlebihan , mudah tersinggung dan
kemarahan yang meledak - ledak adalah sebuah petaka yang terus menerus dan azab yang kekal .

Sekian sahaja daripada saya , sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah SWT 
dan segala yang buruk itu dari diri saya sendiri .

Wassalamualaikum WBT