Berbuat Baiklah Kepada Sesiapa Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebagai mana yang telah kita ketahui , akhlak yang baik itu adalah kebahagian 
tersendiri sedangkan akhlak yang buruk itu adalah petaka dan bencana . 

Dalam sebuah hadis pun telah disebutkan iaitu Dan sesungguhnya akhlak 
yang baik itu dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat orang y
ang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan qiamullail .

Allah SWT berfirman iaitu Dan sesungguhnya kamu Muhammad SAW 
benar- baner berbudi pekerti yang agung . 
Surah Al - Qalam Ayat 4 .

Dan firman yang seterusnya ialah Disebabkan oleh Allahlah kamu berlaku 
lemah - lembut terhadap mereka , jika kamu bersikap 
keras lagi berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu .
Surah Ali - Imran Ayat 159 .

Ummul Mu'minin Aisyah Binti Abu Bakar Ash Shidiq Radiallahu Anhuma
menjelaskan sifat Rasulullah SAW ialah seperti Al Quran .

Sesesungguhnya akhlak yang baik dan hati yang lapang merupakan nikmat dunia dan
kebahagiaan di kemudian hari baik sesiapa sahaja yang Allah
kehendaki untuk menjadi baik . 
Sedangkan emosi yang berlebihan , mudah tersinggung dan
kemarahan yang meledak - ledak adalah sebuah petaka yang terus menerus dan azab yang kekal .

Sekian sahaja daripada saya , sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah SWT 
dan segala yang buruk itu dari diri saya sendiri .

Wassalamualaikum WBT






Mengajar Aku Untuk Terus Berkeyakinan

بسم الله الرحمن الرحيم

Berbuat Baiklah Kepada Sesiapa Sahaja .

Inilah tajuk yang Faris bicarakan pada pertandingan “ Pengucapan Awam “ yang bermula
pada pukul 11 pagi . Masa yang dijangka hanya pada pukul 1 petang .

Tetapi , lain pula yang jadinya . Pukul 1 : 45 petang baru selesai . 
Seramai 59 orang yang sertai .

Nombor Yang Faris Minat . 

Pada awalnya , Faris mengambil undian dan mendapat nombor 69 . 
Tak dijangka  , pada nombor ke – 55 Faris dipanggil .


Alhamdulillah , Faris telah membuat latihan yang terbaik . 
Semoga pada hari Ahad nanti , Faris mendapat nombor  yang terbaik . Amin .

Bak kata pepatah , Practice Make Perfect .

Sebelum melakukan sesuatu perkara , 
pastikan kita sudah bersedia dari awal lagi .

Jangan melakukan perkara pada waktu terakhir .

Kertas Dah Nak Terkoyak Sebab Asyik Bagi Tepukan .
Sambil tu , Tak Sabar NAk Berucap Di Hadapan .


Semua peserta agak hebat . Biasalah , perasaan gementar memang wujud pada semua manusia .
Terserlah kepada diri kita sama ada mampu mengawalnya atau tidak .

In Shaa Allah , Faris akan membuat satu entri tentang Teks Pengucapan Awam kepunyaan Faris . Sempena esok , 28 Februari 2014 ialah Hari Lahir Faris . Faris akan cuba berkongsikan teks tersebut .
Semoga menjadi manfaat kepada kita semua . 

Tidak kira tua mahupun muda .

Bersangka Baik Meskipun Disakiti

بسم الله الرحمن الرحيم



Mungkin di kalangan kita sentiasa bersangka buruk terhadap orang lain . 

Memang ia dianggap perkara biasa bagi kita . 
Tapi , jika sangkaan kita meleset .
Apa yang perasaan kita dan perasaan mereka .
Malu ? Marah ?

Pada hari ini , Faris ingin berkongsi beberapa perkara kepada pembaca .
Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua . 


Pada awalnya , bergurau senda itu perkara biasa sebagai seorang kawan tetapi
jika tersilap kata , mungkin berlakunya pergaduhan sesama kita . 

Faris ingin menceriatakan satu cerita berkait dengan tajuk ini . 

Pada hari Isnin 24 Februari 2014 , Faris melihat satu video yang melalui telefon .
Kemudian , semua rakan - rakan yang berada di situ menyamakan wajah - wajah kami dengan wajah artis yang terdapat dalam video itu . 

Sungguh tidak dijangka , rakan Faris sanggup menyamakan wajah Faris dengan wajah seorang lelaki yang tidak kelihatan lelaki . Macam perempuan caranya . Kemudian , mereka bergelak ketawa sesama mereka . Mungkin Ia lawak bagi mereka . Tetapi , bagi Faris , perkara inilah yang melekat di hati Faris sampai bila- bila . Kata - kata yang tidak dapat diterima oleh Faris . 

Ingat , Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita hendaklah ditapis dahulu . 

Hal ini demikian kerana , dengan satu perkataan putus satu ikatan

Meskipun begitu , sebagai umat Islam , memaafkan lebih baik daripada berdendam .

Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)


Author, Time, Comment, Label Bawah Post Title Berbackground

بسم الله الرحمن الرحيم 
* SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris * 
* MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini * 
* TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa * 


1. Dashboard > Template > Edit HTML >

2. Search code   

<div class='post-header-line-1'/>

3. Jumpa? Copy code yang Faris bagi, dan paste dekat atas code yang korang cari

4. Tukar apa yang patut , preview dan save !


<div style='background:#eee; padding:4px;'>
<font style='background:transparent url(http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/minidocomo/pic019demoji_14601027decoojp.gif) no-repeat scroll left;padding-left:20px;font-size:11px;'>Penulis : <data:post.author/></font>  <font style='background:transparent url(http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/minidocomo/pic019demoji_14601027decoojp.gif) no-repeat scroll left;padding-left:20px;font-size:11px;'>Masa : <data:post.timestamp/></font>
<font style='background:transparent url(http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/minidocomo/pic019demoji_14601027decoojp.gif) no-repeat scroll left;padding-left:20px;font-size:11px;'>Comments : <b:if cond='data:post.allowComments'>
<a class='comment-bubble' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:post.numComments/><span style='font-size:11px'> </span></a>
</b:if></font>
<font style='background:transparent url(http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/minidocomo/pic019demoji_14601027decoojp.gif) no-repeat scroll left;padding-left:20px;font-size:11px;'>Labels : <b:if cond='data:post.labels'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='data:label.url + &quot;?max-results=8&quot;' rel='tag'><data:label.name/></a>
<b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'/>
</b:loop>
</b:if></font></div>



MERAH :: TUKAR KEPADA URL GAMBAR YANG KORANG SUKA .
BIRU :: TUKAR KEPADA AYAT KORANG SENDIRI .
ORANGE :: WARNA BACKGROUND

1st Giveaway by Cik Yaanie 2014

بسم الله الرحمن الرحيم 
* SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris * 
* MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini * 
* TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa * 


Nak Join ?

Klik Sini
Syarat - Syarat Semudah ABC.

Tak Percaya ?

Try La Join . 
Hadiah Awesome Sangat . 

 Jangan Lupa Tau .

Memang Susah Nak Jumpa GiveAway Hebat Macam ni .

 

Fokus dan Khyusuk Dalam Solat

بسم الله الرحمن الرحيم 
* SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris *
 * MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini *
 * TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa * 

Terkadang kita tidak memahami apa yang kita baca dalam solat kerana kurangnya fokus dalam bacaan kerna hati tidak hadir dalam khyusuknya solat dan fikiran melayang entah kemana.

Macam tulah kita manusia, sesetengah dari kita ni jasad dan lidah yang melakukan solat tetapi hati tidak hadir bersama dalam solat. Ini namanya lalai. Sepertimana dalam firman Allah:  

“Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya”- Surah Al-Ma’un: 4-5

Oleh itu supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dalam solat, kita terlebih dahulu kena have a check-up on our heart, sejauh mana hati tu hadir dalam solat.

Pemahaman Khyusuk

Khyusuk adalah sepertimana mana kata Saidina Umar r.a terangkan:  

“Khyusuk itu bukan menundukkan kepala, tetapi khyusuk itu dalam hati” dan menurut Imam Ghazali pula: “khuysuk kehadiran hati, kosentrasi, rasa tunduk, pasrah dan kehormatan yang tinggi kepada Allah”

Oleh itu Khyusuk itu adalah cirri utama dalam konsentrasi solat, termasuklah konsentrasi dalam bacaan solat dan perbuatan dalam solat.

Fungsi dan kebaikan khyusuk dalam solat

Fungsi utama khyusuk itu adalah pembersihan hati dan akal kerana dengan hadirnya khyusuk maka akan lebih dekatlah kita kepada Allah di dalam solat. Kita akan merasa lebih mudah untuk ‘berbicara’ dengan Allah sebab hati lebih dekat dan bersih ketika dalam solat.

Kebaikan khusyuk itu adalah membersihkan hati, bererti membersihkan hati dari sifat-sifat tercela terutama ria’ dan takabbur serta lalai dan munafik. Khyusuk boleh dikatakan sebagai elemen utama dalam solat yang mampu mencegah penyakit-penyakit hati tersebut diatas.

Menurut ustaz Dr. Farhan Hadi, Khyusuk juga dapat melatih diri sabar kerana menurut beliau dengan member konsentrasi dalam tempoh yang lama juga dapat melatih manusia untuk menjadi lebih sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan sehari-hari.

Panduan menghilangkan halangan yang dapat menggangu kekhusuyukan solat menurut Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni:
  1. Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu orang solat- seperti pemasangan tirai solat atau sejadah yang bergambar yang boleh menggangu konsentrasi solat
  2. Tidak solat memakai pakaian yang berhias, mempunyai tulisan, bergambar,warna-warni yang boleh menganggu orang lain dan diri kita
  3. Jangan solat sementara hidangan telah tersedia. Kita tidak akan solat dengan khusyuk kerana hati kita akan teringat pada makanan itu
  4. Jangan menahan kencing atau buang hajat ketika solat kerana menurut sabda Rasulullah: “Tidak boleh solat sedangkan makanan telah tersedia di hadapannya dan tidak boleh juga solat padahal ia menahan kencing atau buang hajat”
  5. Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bilamana salah seorang di antara kamu yang mengantuk, tidurlah sehingga hilang mengantuk baru solat”
  6. Tidak solat dibelakang orang sedang berbicara atau tidur. Hal ini jelas dapat menganggu khyusuk, apalagi jika ucapan dilakukan dengan suara yang keras
  7. Tidak menyibukkan diri dengan membersihkan (kotoran, pasir) yang terdapat pada tempat sujud ketika solat. Hendaklah hal ini dilakukan sebelum solat
  8. Jangan mengingat sesuatu yang menimbulkan atau membangkitkan nasfsu syahwat atau kemarahan.
Itulah diantarpanduan untuk mendapatkan khyusuk solat yang digaris-pandukan oleh Dr. Al-Qarni yang sedikit sebanyak boleh di aplikasikan dalam memperbaiki tahap kekhyusukan kiat dalam bersolat.

Insha Allah moga kita juga tergolong dalam orang-orang yang memperolehi khyusuk yang hakiki yang mendekatkan hati kita kepada Allah ketika dalam solat dan memperolehi ganjaran khyusuk itu sepertimana yang Allah katakan: 

“Sesungguhnya orang yang beriman, iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”- Al-Mukminun: 1-3.


GIVEAWAY BY FARIS YAHANI TAMAT

بسم الله الرحمن الرحيم 
 * SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris *
 * MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini * 
* TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa * 


Senarai Pemenang .

KATEGORI TOP REFERRAL

  1. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/02/1st-giveaway-by-faris-yahani.html
 TINGGALKAN ALAMAT RUMAH , NOMBOR TELEFON SERTA LINK FACEBOOK UNTUK PROSES PEMBAHAGIAN HADIAH .

 KATEGORI CABUTAN BERTUAH   

Topup RM5x2 dan Cute Keychainx5  





  TINGGALKAN ALAMAT RUMAH , NOMBOR TELEFON SERTA LINK FACEBOOK UNTUK PROSES PEMBAHAGIAN HADIAH .
 
KATEGORI EDIT AND REVIEW BLOG 
TINGGALKAN ALAMAT RUMAH , NOMBOR TELEFON SERTA LINK FACEBOOK UNTUK PROSES PEMBAHAGIAN HADIAH .
                            

SECEPAT MUNGKIN !
SEBELUM PUKUL 9 MALAM BERTARIKH 17 FEBRUARI.
PADA 18 FEBRUARI , HADIAH SUDAH DIPOST :")
SIAPA YANG LAMBAT , HADIAH DIKIRA BATAL .



1st GIVEAWAY BY FARIS YAHANI

بسم الله الرحمن الرحيم 
* SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris *
* MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini * 
* TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa *


1ST GIVEAWAY BY FARIS YAHANI adalah kerjasama dari 2 orang rakan blogger yang membantu bagi menjayakan GIVEAWAY untuk yang pertama kali ini . Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. 

Faris merasmikan 1ST GIVEAWAY BY FARIS YAHANI .

 Terma dan Syarat .
  • Follow Blog Ini . 
        - Faris Ris
        - My Territory ... Mazni Fareeha
        - Cik FiFi Yohannes

  • Like Pages .
        - Garam Buluh Hai-O
        - MFY Fashion And Beauty 

  • Follow Twitter
        - Faris Ris
        - Mazni Fareeha

  • Buat Satu Entri Yang Bertajuk Berkaitan Dengan GA ini . 

  • Kemudian , pastekan link tersebut di entri ini .  

  • Gambar GA wajib ada di dalam entri dan pastikan entri menarik untuk dibaca . 

  •  Pemilihan pemenang berdasarkan Top referral serta cabutan bertuah.


  • pemenang akan dihubungi melalui FB untuk proses pengeposan hadiah.

HADIAH - HADIAH






TOP REFERRAL  - BB Cream - Shawl

CABUTAN BERTUAH   - Topup RM5x2                                 
                                 - Cute Keychainx5
                                 - Edit & Review Blogx5
                                 - Dan Lain - Lain .







TEMPOH GIVEAWAY
2 Februari 2014 - 16 Februari  2014

SOALAN :: Kalau Tiada Akaun Twitter ?
                -- Boleh Join Juga . 

 

 

    Dugaan Hidup

    بسم الله الرحمن الرحيم 
    * SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris * 
    * MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini *
     * TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa * 



    Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
    Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
    Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
    Demi menenangkan hati yang celaru..
    Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
    Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
    Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..


    “ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
    ( Adz-Dzariyat 51:56 )
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
    ( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )
     
     
    Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
     
    Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.

    TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?

    BUNUH DIRI ATAU SOLAT TAUBAT?

    MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?

    Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.

    Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.


    “Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
    (Az-Zumar 40:53)


    Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
    Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
    Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..


    “Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”


    Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.

    Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.

    Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.