TIPS GIGI BERSERI

بسم الله الرحمن الرحيم 
 * SeLamat DaTang Ke Blog FaRis Ris *
 * MoHon BerKelaKuan Baik Di Sini *
 * TeRiMa KaSih KeRana BeKerJaSaMa *


Makanan Untuk Gigi Anda

Senyumlah dan semua orang akan senyum bersama anda! Tetapi anda tidak akan senyum jika anda mempunyai kaviti atau gusi berdarah.
Gigi menjadi kuat jika ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, anda perlu makan banyak makanan berkalsium, seperti susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin diperkuat.

Menjaga Gigi Anda

Anda harus memberus gigi 3 kali sehari untuk menghalang gigi anda daripada reput. Gigi yang reput adalah sangat menyakitkan dan lama-kelamaan akan tercabut.
Selain memberus gigi, anda juga harus selalu flos gigi anda, kerana ia membersihkan ruang di antara gigi anda yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi biasa. Jangan makan terlalu banyak makanan yang manis dan bergula, kerana gula menyebabkan kerosakan gigi. Jika anda ingin menikmati snek manis, anda harus berkumur atau memberus gigi anda selepas itu.

Ingatlah� doktor gigi adalah teman setia anda. Pergilah berjumpa selalu !

MASALAH DAN RAWATAN GIGI

  • Kaviti � Gigi anda akan reput dan lubang akan kelihatan. Walaupun ini disebabkan oleh bakteria, kekurangan kalsium dalam diet anda juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kaviti.
  • Pulpitis � Pulpa gigi anda menjadi radang dan menyebabkan sakit teruk.
  • Gingivitis � Gusi anda menjadi bengkak dan mudah berdarah. Adakalanya, kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi, yang mungkin menyebabkan gingivitis.